Dosa besar ke 32 : Orang Yang Selalu Memungut Cukai.


 Cukai yang dimaksudkan adalah cukai yang tidak mengikut hukum syarak.

Apabila pemerintah mengenakan pelbagai cukai dalam keadaan negara kaya raya, dan boleh menampung perbelanjaan negara.

Cukai yang dibenarkan ialah cukai dalam keadaan sebaliknya.

Iaitu ketika negara mengalami kekurangan wang untuk perbelanjaan negara.

Nilai cukai adalah bergantung kepada keadaan semasa.

Dan cukai tiada nilai tetap. Ia berubah dari semasa ke semasa.

Cukai merupakan hasil kerajaan yang memerintah.

Ia biasanya dikenakan kepada rakyat yang bukan Islam.

Bagi orang Islam, hasil negara dikutip daripada zakat yang ditetapkan.

Zakat harta, pendapatan, emas, perak, simpanan, ternakan dan sebagainya.

Terdapat juga cukai yang dikutip daripada negara luar yang dikenali sebagai ufti

 Namun, dikala negara kaya, cukai tertentu sepatutnya dihentikan kerana pendapatan negara mencukupi.

Hanya mengambil cukai yang utama sahaja sebagai pendapatan.

Orang yang mengenakan peraturan cukai adalah yang paling terkesan dalam dosa ini.
Termasuk yang menyokong perlaksanaannya.

Golongan ini termasuk dalam firman Allah SWT
 
Ash-Syura ayat 42

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِى الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.

Ayat ini menceritakan tentang orang yang berbuat zalim kepada manusia lain, dengan cara melampau.

Termasuk orang yang membuat peraturan cukai sehingga menghimpit kehidupan rakyat.

Ia adalah suatu kezaliman yang melampau.

Ia dilakukan tanpa hak. Bermaksud, tanpa izin Allah (tidak mengikut hukum syarak).

Menggambarkan dosa pemungut cukai ini,

Rasulullah SAW bersabda tentang seorang wanita penzina yang bertaubat dengan menerima hukuman rejam,

"Sesungguhnya wanita ini telah bertaubat dengan taubat yang sekiranya dilakukan oleh pemungut cukai, pasti dia (pemungut cukai) akan diberi keampunan atau taubatnya (wanita penzina itu) diterima"

  Hadis ini menyatakan bahawa pemungut cukai itu perlu bertaubat.

Bermaksud, orang yang memungut cukai adalah berdosa besar.

Taubatnya perlu sama hebat, dan sama banyak sebagaimana taubat orang yang berzina.

Kata pengarang kitab,

"Pemungut cukai ibarat perompak malah lebih teruk daripada mencuri. Sesiapa yang menzalimi manusia dan membebankan mereka dengan pelbagai cukai, dia lebih zalim dan jahat berbanding orang yang memungutnya secara adil dan mengasihani rakyatnya."

Semoga kita dilindungi Allah dari segala bentuk kejahatan dan kezaliman.

Kitab Dosa - dosa besar, terjemahan Kitab Al-Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi. Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?