Dosa besar ke 22 : Merompak.
Merompak termasuk dalam bahagian zalim.
Dan ia amat berbeza daripada mencuri.
Mencuri adalah perbuatan secara sembunyi.
Manakala merompak adalah perbuatan terang - terangan.
Merompak termasuk dalam jenayah yang dikenakan hukuman hudud di dunia.
Kerana ia merupakan kejahatan yang sangat berat.
Firman Allah SWT
Al-Ma'idah ayat 33
إِنَّمَا جَزٰٓؤُا الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَسْعَوْنَ فِى الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوٓا أَوْ يُصَلَّبُوٓا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِّنْ خِلٰفٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذٰلِكَ لَهُمْ خِزْىٌ فِى الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِى الْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar,
Ayat ini menggambarkan dahsyatnya hukuman yang Allah perintahkan untuk dijatuhkan kepada orang yang merompak.
Terdapat bahagian hukuman hudud yang perlu di teliti dalam ayat ini kerana merompak terdapat beberapa keadaan.
Hukuman :
1. Dibunuh sekiranya mereka yang menyerang / merompak membunuh mangsa tanpa mengambil harta.
2. Di bunuh dan dipalang/disalib selama 3 hari sekiranya mereka ini mengambil harta dan membunuh mangsa.
3. Dipotong tangan dan kaki secara bersilang. Misalnya tangan kanan dan kaki kiri. Hukuman ini dibuat sekiranya perompak hanya mengambil harta sahaja dan tidak membunuh mangsa.
4. Dibuang negeri sekiranya mereka ini hanya melakukan kekacauan, menakutkan orang tanpa membunuh atau mengambil harta.
Inilah hukum Islam yang adil. Jika dilihat kesan kepada perompak nampak seperti zalim kepada mereka.
Tetapi jika kita fikir kesan emosi, kerugian, pencerobohan keamanan dan, kecederaan kepada mangsa.
Adilkah buat mereka?
Maka, hukuman Allah itu adalah yang paling baik. Bertujuan untuk mencegah. Bukan untuk menghukum.
Ketakutan kepada kesan hukuman akan membuatkan orang menghindari dari melakukan jenayah.
Inilah didikan di dalam Islam.
Kata pengarang kitab,
"Tindakan seseorang menakutkan orang lain dijalanan itu sudah dikira melakukan dosa besar, maka, bagaimana pula dengan merampas harta?
Bagaimana lagi jika dia mencederakan atau membunuh orang dan melakukan dosa besar yang lain?
Selalunya, mereka (yang melakukan kerosakan ini) ialah golongan yang meninggalkan solat dan membelanjakan hasil rompakan untuk tujuan arak dan zina."
Oleh yang demikian, seharusnya kita berfikir sejenak atas dosa ini.
Juga membayangkan dosa kita yang lain.
الله..
Banyaknya dosa kami tanpa sedar kami lakukan.
Ampuni kami ya Allah.
Kitab Dosa-dosa besar, terjemahan kitab Al-Kabair, karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru
Comments
Post a Comment