Derhaka suami yang menuruti Isteri?
Assalamualaikum Ustaz.
Mohon pencerahan diperhalusi atas persoalan ini.
Suami merupakan ketua, imam, pemimpin keluarga.
Bagaimanakah jika suami yg terlalu mengikut kata isteri hingga hilang ketokohannya sebagai ketua keluarga.
Mengabaikan ibu Dan ayahnya sendiri dengan melebihkan keluarga mentua hingga terluka hati ibunya dan ayahnya sendiri. Sedangkan surganya dan redhanya sorang lelaki itu adakah ibu kandungnya.
Jawapan :
An-Nisa' ayat 34
الرِّجَالُ قَوّٰمُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَبِمَآ أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوٰلِهِمْ ۚ فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَالّٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Pada awal ayat dalam surah ini menyatakan dengan jelas bahawa lelaki itu adalah PEMIMPIN kepada kaum wanita.
Apabila telah dinyatakan di dalam Al-Quran, bermakna, ia adalah hukum fiqh yang wajib diikuti oleh manusia.
Oleh itu, suami yang terlalu mengikut kata isterinya, maka dia telah melanggar hukum fiqh syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW,
Disebutkan tentang kejadian akhir zaman ketika hampir kiamat,
Antaranya ialah suami yang menurut kata Isteri.
Bermakna, terdapat suami tidak lagi mampu menjadi pemimpin dan ketua keluarga pada akhir zaman.
Sebaiknya, kembalilah kepada jalan yang benar.
Iaitu jalan Allah dan Rasul-Nya.
Berkenaan melebihkan keluarga mentua daripada ibu bapa kandung.
Ulama telah menggariskan sifat anak derhaka iaitu :
1. Perkataannya melukakan hati ibu bapa.
Tidak perlu banyak berkata untuk melukakan hati ibubapa, sedikit perkataan Ah, sudah cukup melukakan, apatah lagi yang kuat melawan.
2. Perbuatan yang melukakan hati ibu bapa.
Seorang anak yang menjaga perkataan, sentiasa berkata baik. Tetapi perbuatannya melukakan hati ibubapa, telah bergelar anak derhaka. Maka, apa2 perbuatan yang melukakan hati ibu bapa, derhakalah anak itu.
3. Tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak.
Meninggalkan tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga, memelihara dan berkhidmat untuk ibubapa adalah kederhakaan. Walaupun hanya menolak untuk membuang sampah dirumah ibubapanya. Apatah lagi yang membiar ibubapa kesusahan tetapi diri sendiri bermewahan.
Dosa yang lain, Allah tangguh pembalasannya diakhirat. Boleh jadi, diberi keampunan dengan taubat nasuha.
Tetapi dosa derhaka dengan ibubapa, di dunia Allah balas, diakhirat Allah balas.
Tanpa ada penangguhan.
Maka, cermin diri kita agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dimurkai Allah.
الله اعلم..
Comments
Post a Comment