Menuju Jambatan Allah : Duduk Antara Dua Sujud.

 Selepas sujud, kita akan duduk antara dua sujud yang dinamakan sebagai duduk iftirasy.

Ketika duduk ini. Jari jemari semua dihadapkan ke kiblat.

Di saat ini diaunatkan membaca beberapa doa.
 Bacaan duduk antara dua sujud :
رَبِّ اغْفِرْلِي، وَارْحَمْنِي، وَاجْبُرْنِي، وَارْفَعْنِي، وَارْزُقْنِي، وَاهْدِنِي، وَعَافِنِي، وَاعْفُ أَنِّي.

Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahma​​tilah aku, sempurnakan kekurangan aku, angkatlah darjatku, limpahkah rezeki kepadaku, kurniakan hidayah kepadaku, afiatkanku dan maafkan ku..

HR Abu Daud dan Ibnu Majah.

Status Hadis Sahih
Juga boleh dibaca begini.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ،وَارْحَمْنِي ، وَعَافِنِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي.

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, selamatkan aku, kurniakan hidayah kepadaku, limpahi rezeki kepada ku, sempurnakan kekurangan ku, angkatlah darjatku.

HR Muslim, Abu Daud dan At - Tirmizi.

Status Hadis Sahih
Juga Dibaca begini.
اَللهُمَّ اغْفِرْلِي ،وَارْحَمْنِي ،وَعَافِنِي ، وَارْزُقْنِي.

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, selamatkan aku, limpahi rezeki kepadaku.

HR Muslim

Status Hadis Sahih.
 Doa yang pendek, namun penuh makna..

Jika dipanjatkan dengan ikhlas dari hati,

Ia menjadi saat penting buat hamba yang sentiasa mengharap kepada Allah
 Ungkapan yang membayangkan hasrat dan permintaan hamba Allah ini sangat disenangi Allah.
 Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah ayat 186
Bacaan ini juga bukan sekadar doa,

Tetapi perjanjian kita kepada Allah untuk terus beriman kepada Yang Maha Esa.
 Doa orang yang beriman sahaja dikira sebagai ibadah.

Maka, beruntunglah kita yang telah beriman kepada Allah SWT.

Kita berdialog dengan Allah secara terus.

Memohon agar terus berada dalam kasih sayang Allah, petunjuk taufiq Allah, berasa selamat dengan lindungan Allah SWT..
Intisari bacaan ini akan menambah keimanan kita kepada Allah kerana kita mengagungkan Allah pada setiap bacaan solat kita...

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?