Menuju Jambatan Alah : Sujud

Sujud yang sempurna seperti Rasulullah SAW ialah

1. Menurunkan kedua lutut terlebih dahulu.
2. Diikuti kedua tapak tangan.
3. Kemudian Dahi dan hidung.

Apabila bangun daripada sujud :

1. Mengangkat Dahi dan hidung.
2. Diikuti kedua tapak tangan.
3. Kemudian diangkat kedua lutut.
Ini adalah pilihan mazhab Syafie dan Abu Hanifah

Bacaan di dalam sujud.
Ungkapan tasbih :

سبحان ربي الأعلى

Subhana Rabbial A'laa
Bermaksud :
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Ketika sujud inilah waktu yang paling dekat dengan Allah.
Sabda Rasulullah SAW. 

Bermaksud :

Dari Abu Hurairah RA. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "saat yang paling dekat seseorang itu dengan Tuhannya ialah ketika sujud, oleh itu, perbanyakkanlah berdoa"
HR Muslim

Status Hadis Sahih

Sedekat mana Allah dengan HambaNya?

Firman Allah SWT di dalam surah Qaf ayat 16


Allah lebih dekat dengan urat leher kita..
Sangat dekat...
Maka, mohon lah sedalam dalam hati

Bacaan lain ketika sujud



Dari Ali bin Abi Talib RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah membaca ketika sujudnya : 

"Ya Allah ya Tuhanku, kepadaMu aku bersujud, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku menyerah diri, Wajahku sujud kepada Tuhan yang Maha mencipta dengan seelok - elok ciptaan, ia mencipta pendengaran dan penglihatan, Maha Tinggi Allah sebaik - baik pencipta"
 
HR Muslim dan Ahmad.
Status Hadis Marfu'


Bacaan lain :



Cara baca

Allahumma Aati Nafsi Taqwaha, wazakkiha anta khairu min zakkaha, anta waliyyuha wamaulaha.

Maksudnya
 
Ya Tuhanku, kurniakan taqwa kepada diriku dan bersihkannya kerana Engkaulah sebaik baik yang menyucikannya. Engkaulah penaung dan pemiliknya.

Hadis riwayat Ahmad dari Aisyah RAH

Rasulullah SAW membaca ketika sujudnya




 
"Ya Allah ya TuhanKu, ampunilah seluruh dosaku yang kecil ataupun besar, yang awal dan yang akhir, yang terang atau yang sulit "

Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Al - Hakim.

Status hadis Sahih

Rasulullah SAW membaca ketika sujudnya
 
"Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung dengan keredhaanMu, dengan keampunanMu, dan perlindungan dari seksaMu, aku berlindung dari azabMu, pujian terhadapMu, kesempurnaan adalah milikMu seperti diriMu yang Maha Sempurna."

HR Muslim dari Aisyah.
 
Hadis Sahih

Kemanisan solat akan dirasai jika solat dilakukan dengan penuh kesedaran yang tinggi.

Merasai kehadiran Allah..
Sujud dihadapan Allah dengan hamparan cinta dan kasih sayang Allah yang luas..

Kerana Allah lebih dekat dari urat leher (jagular vein) kita.
الله.. 😭

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih