Dosa besar ke 34 : Khianat.

Sebahagian daripada sifat nifak itu adalah khianat.

Apabila disebut pengkhianat, bangsa kita akan terbuka mata. Dan pengkhianat itu akan dipandang serong sepanjang hayatnya.

 
Pengkhianat ini terkandung di dalam banyak istilah.

Pengkhianat bangsa.

Pengkhianat negara.

Pengkhianat agama.

Yang paling cela, adalah pengkhianat agama. Iaitu khianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah SWT

  Al-Anfal ayat 27

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوٓا أَمٰنٰتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.
 
 Ayat ini adalah peringatan daripada Allah SWT supaya jangan menjadi pengkhianat.
Terutama kepada Allah dan Rasul-Nya.

Selain itu, ayat ini juga memberi ingatan supaya jangan kita mengkhianati amanah yang diberikan kepada kita.

Apabila diberi amanah, perlu ditunaikan, sama ada kecil ataupun besar.

Firman Allah SWT lagi

  Yusuf ayat 52

ذٰلِكَ لِيَعْلَمَ أَنِّى لَمْ أَخُنْهُ بِالْغَيْبِ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِى كَيْدَ الْخَآئِنِينَ
(Yusuf berkata): "Yang demikian itu agar dia (Al Aziz) mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya di belakangnya, dan bahwasanya Allah tidak meridhai tipu daya orang-orang yang berkhianat.
 
Sifat khianat ini adalah sifat tercela dan keji.

Pada hujung ayat ini dinyatakan bahawa Allah tidak meredhai orang yang khianat.

Ia juga bermaksud, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang khianat.

Mereka kekal dalam kesesatan selagi mana tidak bertaubat.

Gambaran sifat khianat ini diceritakan oleh Rasulullah SAW,

"Tiada Iman bagi orang yang tidak mempunyai sifat amanah, dan tiada agama bagi orang yang tiada sifat menunaikan janji"

Riwayat Imam Ahmad, daripada Anas bin Malik.

Hadis ini menggambarkan bahawa, pengkhianat adalah orang yang tiada iman dan tiada agama.

Mereka ini terkeluar daripada Islam.

Rasulullah SAW sebenarnya menyatakan sifat orang munafik.

Mereka sememangnya tiada iman dan agama.

Hanya berpura - pura sahaja

Sabda Rasulullah SAW,

"Tanda orang munafik ada tiga :

1. Apabila berbicara dia dusta.

2. Apabila berjanji dia mungkiri,

3. Apabila diberi amanah dia khianat."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah.

Kata pengarang kitab,

Sifat khianat dalam apa jua perkara adalah keji.

Sebahagiannya lebih buruk dari yang lain.

Orang yang mengkhianatimu pada wang tidak sama dengan orang yang mengkhianatimu pada ahli keluarga dan hartamu.

Serta dia melakukan plbagai dosa besar.

  Inilah gambaran sifat khianat yang menjadi bencana dalam apa jua keadaan.

Tanah Melayu dijajah kerana pengkhianat.

Agama Islam jatuh kerana pengkhianat.

Ahli keluarga bermusuh kerana pengkhianat.

Negara muflis juga kerana pengkhianat.

Sifat ini perlu dijauhi agar kita tidak termasuk dikalangan orang yang khianat.
Walaupun dalam hal yang kecil.

Kitab Dosa - dosa besar, Terjemahan Kitab Al-Kabair, Karangan Imam Az-zahabi, Terbitan Telaga Biru

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?