Dosa besar ke 26 : Hakim yang Jahat


Dalam sesebuah negara, akan dibentuk undang - undang bagi menjaga keamanan negara.

Undang - undang ini boleh jadi menurut ajaran Islam (Al - Quran) mahupun ciptaan manusia.

Bagi menjalankan undang - undang, ia memerlukan penguatkuasaan seperti polis, kementerian, peguam dan lain-lain..

Walaubagaimanapun, penguatkuasaan ini hanya boleh menangkap atau menahan dan tidak boleh menjatuhkan hukum.

Yang boleh dan berkuasa menjatuhkan hukuman adalah hakim.

Sebelum menjatuhkan hukuman, ia perlu kepada proses perbicaraan.

Dan hakim, akan mendengar, menilai dan membuat keputusan berdasarkan hujah pendakwaan serta pembelaan.

Maka, seharusnya hakim itu terdiri dari seorang yang berkebolehan.

Namun, jika dia merupakan hakim yang jahat, maka dia tidak akan menjalankan perbicaraan secara adil.

Bagi hakim yang muslim, menjadi kewajipannya untuk taat kepada perintah Allah dan Rasul.

Takut kepada ancaman azab Allah jika tidak berlaku adil.

Kerana iman, maka, hakim yang muslim, akan berpegang kepada amanah ini dengan sebaik mungkin.

Oleh sebab itu, Islam mewajibkan hakim atau pemerintah WAJIB terdiri daripada orang Islam.

Kerana orang Islam yang beriman, akan menghukum berdasarkan ketaatan dia kepada Allah.

Firman Allah SWT

Al-Ma'idah ayat 44

إِنَّآ أَنْزَلْنَا التَّوْرٰىةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبّٰنِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتٰبِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَآءَ ۚ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِئَايٰتِى ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَنْ لَّمْ يَحْكُمْ بِمَآ أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْكٰفِرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

Hujung ayat ini menerangkan tentang siapa yang tidak memutuskan (berhukum) dengan apa yang diturunkan Allah (Al-Quran), maka, mereka itu adalah orang kafir.

Hakim atau pemerintah  yang menolak cara Islam adalah orang kafir. Yakni (ingkar).

Mengapa saya satukan perkataan hakim atau pemerintah. Kerana, hakim itu di kalangan orang yang memerintah, yang melantik hakim adalah pemerintah, undang - undang yang digunakan oleh hakim adalah rang undang - undang yang diluluskan oleh pemerintah..

Maka, hakim dan pemerintah saling melengkapi.

Firman Allah SWT lagi

Al-Ma'idah ayat 50

أَفَحُكْمَ الْجٰهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

Allah tanya pada kita. Hukuman siapa yang lebih baik? Allah atau manusia?

Dan jawapan yang benar adalah dari orang yang benar - benar yakin kepada Allah SWT.

Pencipta kereta akan keluarkan manual tentang kereta kerana dia lebih tahu tentang kereta itu.

Boleh ke guna manual Honda untuk kereta Proton?

Pencipta yang asal sahaja tahu bagaimana mengendalikan ciptaannya itu.

Maka, ikutlah arahan pencipta supaya tidak susah pada kemudian hari.

Firman Allah SWT lagi

Al-Baqarah ayat 159

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآ أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنٰتِ وَالْهُدٰى مِنۢ بَعْدِ مَا بَيَّنّٰهُ لِلنَّاسِ فِى الْكِتٰبِ ۙ أُولٰٓئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللّٰعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat melaknati,

Maka, jika ada hakim atau pemerintah yang menyembunyikan (tidak melaksanakan) hukum Allah, maka, dia termasuk dalam makhluk yang dilaknat.

Inilah hakim yang jahat iaitu, hakim yang tidak berhukum dengan hukum Allah.

Sabda Rasulullah SAW,

"Seorang hakim berada di Syurga, manakala dua orang lagi berada di neraka :

1. Hakim yang mengetahui kebenaran, lalu berhukum dengan kebenaran, maka dia berada di dalam syurga.

2. Hakim yang mengetahui kebenaran, namun menyimpang daripada kebenaran dengan sengaja, maka dia di dalam neraka.

3. Dan hakim yang menetapkan. Keputusan tanpa ilmu, maka dia berada di dalam neraka. "

HR Al-Hakim daripada Buraidah.

Al - Hakim menilai hadis ini sebagai Sahih.

Dalam Hadis di atas, hakim yang benar akan mendapat ganjaran.

Hakim yang tahu kebenaran, tapi mengelak kebenaran dan menolak kebenaran, maka dia di neraka.

Begitu juga hakim yang tiada kelulusan. Mengaku boleh jadi hakim, tetapi undang - undang pun belajar tidak habis.

Bak kata orang sekarang lesen kopi O..

Hakim ini di neraka kerana tiada ilmu.

Kata pengarang kitab,

"Setiap hakim yang membuat keputusan bukan dengan ilmu dan petunjuk daripada Allah dan Rasul-Nya atas hal tersebut, maka dia termasuk di dalam janji buruk ini."

Rasulullah SAW bersabda,

"Tidaklah seorang itu memegang suatu urusan umat ini, namun tidak berlaku adil terhadap mereka, melainkan Allah akan menyembamkannya ke dalam neraka."

HR Al-Hakim, daripada ma'qil bin Sinan.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang diangkat sebagai hakim daam kalangan manusia, maka seolah - olah dia telah disembelih tanpa pisau."

Riwayat Abu Daud.

Kata pengarang kitab,

"Diharamkan seorang hakim berhukum ketika marah, terutama marah kepada pihak yang menentangnya.

Jika sifat kurang ilmu, tujuan yang keji, akhlak yang buruk, dan kurang warak terhimpun dalam diri seorang hakim, maka sempurnalah kerugiannya.

Wajib baginya melucutkan jawatan hakim dan  segera membebaskan diri daripada api neraka (taubat)."

Namum, bagi hakim yang berijtihad, dan berhukum dengan keputusan yang disokong oleh dalil (Al-Quran dan As-Sunnah), dia akan beroleh pahala.

Sabda Rasulullah SAW,

" Apabila seorang hakim berijtihad lalu keputusannya tepat, maka, dia mendapat dua ganjaran,
Apabila dia berijtihad lalu keputusannya salah, maka dia mendapat satu ganjaran. "

Muttafaqun alaih, daripada Amru bin Al-'Ash.

Begitulah beratnya tugas sebagai hakim dan pemerintah.

Amanah dan tanggungjawab perlu dipegang dan dilaksanakan dengan betul.

Tugas perlu dilakukan mengikut kehendak Islam. Jika tidak, azab neraka akan menanti.

Kitab dosa-dosa besar, terjemahan kitab Al-Kabair, karangan Imam Az-Zahabi, terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih