Menuju Jambatan Allah : Doa Selepas Tasyahud Akhir
*Doa selepas tasyahud dan selawat tetapi sebelum salam.*
Di dalam solat terdapat beberapa tempat yang muatajab doa.
Antaranya ialah :
1. Ketika sujud
2. Ketika duduk antara dua sujud.
3. Selepas tasyahud dan selawat sebelum lafaz salam.
Sebelum kita menamatkan pertemuan kita dengan Allah
SWT, kita disunnahkan untuk berdoa memohon apa sahaja.
Ketika ini,doanya adalah mustajab.
Sama ada ketika solat fardhu mahupun solat sunat.
Rayu dan mohonlah segala kebaikan.
Dengan syarat, berbahasa Arab.
Antara doa yang Rasulullah SAW sentiasa melafazkan sebelum salam ialah
Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada Mu dari
azab Kubur, perlindungan daripada fitnah Al - Masih Dajjal, perlindungan
dari fitnah hidup dan mati, serta perlindungan daripada dosa besar dan
beban hutang.
HR Bukhari dan Muslim.
Status Hadis Sahih
Seterusnya :
Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu, juga
dosa yang aku lakukan kemudian hari, dosa yang aku lakukan secara sulit,
dosa yang aku lakukan terang - terangan, dosa yang aku lakukan secara
melampau, dan dosa aku yang lebih Engkau ketahui. Engkau Tuhan yang Maha
berkuasa dan Tiada Tuhan Melainkan Engkau.
HR Muslim
Status Hadis Sahih.
Seterusnya :
Ya Allah, aku telah melakukan banyak kezaliman
kepada diriku, dan tiada siapa dapat mengampunkan dosaku melainkan
Engkau, oleh itu, kurniakanlah keampunan Mu, Rahmatilah aku,
sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
HR Bukhari dan Muslim
Status Hadis Sahih.
Bayangkan kita berhadapan dengan Allah, menadah
tangan, merayu dan memohon dengan penuh perasaan harap dan takut..
Dengan ikhlas dari hati.
Yang benar - benar kita inginkan..
Lalu Allah menyambut doa kita dengan sifat Rahman dan RahimNya yang Agung..
الله..
Doa - doa ini kita pohon supaya :
1. Mengurangkan dan mengelak azab kubur.
2. Mengelak daripada terkena fitnah bala bencana daripada Dajjal.
3. Menghindari segala keburukan dan penyakit.
4. Menghindari kesusahan ketika sakaratul Maut.
5. Menghindari dari melakukan dosa besar.
6. Mengurangkan dan mengelak dari menghadapi masalah beban hutang yang berterusan.
Mengharap kepada Allah..
Meminta kepada Allah..
Inilah sifat orang mukmin yang bertaqwa..
Menyelami hati kita sedalam - dalamnya ketika solat
sambil berdoa, kita akan merasai kelazatan solat..
Comments
Post a Comment