Dosa besar ke 24 : Orang yang selalu berbohong dalam kebanyakan percakapan.


Bohong atau Tipu merupakan perbuatan yang memang tidak elok di dalam dasar pandang manusia.

Kerana menipu atau berbohong akan mendatangkan musibah yang lain.

Seperti menjual kereta yang tidak elok, tetapi mengatakan kereta itu elok. Selepas dibeli dan digunakan. Ternyata kereta itu perlu dibaiki. Dan kos baiki lebih tinggi dari membeli kereta itu. Ini adalah bentuk kezaliman.

Kerana itu, berbohong amat keji perbuatannya di sisi Allah.

Terdapat juga keadaan di mana bohong adalah wajib dan harus.

Iaitu jika tidak berbohong akan mendatangkan dosa,

Dan berbohong pada keadaan tertentu tidak mendatangkan dosa.

Contoh wajib berbohong.


1. Jika seseorang ditanya tentang pengakuan perbuatan keji seperti zina, homoseks, seorang muslim wajib berbohong dengan tidak mengaku perbuatan tersebut kerana menjaga maruah adalah lebih utama.

Tetapi jika ditanya oleh pihak berkuasa seperti hakim atau peguam, perlu dinyatakan dengan jujur kerana ia melibatkan hal undang - undang.

2. Disuruh mengaku perkara aib seperti mengaku kentut atau kecing tepi jalan. Wajib berbohong bagi menjaga maruah, haram mengaku perbuatan tersebut.

Contoh harus berbohong seperti


1. Memuji masakan atau kecantikan pasangan bagi menjaga hubungan.

2. Menceritakan perkara baik antara dua rakan yang bergaduh atau berselisih faham. Bertujuan menjaga hubungan baik.

Namun begitu, sifat dusta, menipu dan berbohong tanpa sebab yang baik dan diakui oleh syarak. 

Adalah diharamkan.

Ia adalah dosa besar.

Bahkan, Allah melaknat perbuatan ini.

Firman Allah SWT

Al-Ghafir ayat 28

وَقَالَ رَجُلٌ مُّؤْمِنٌ مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمٰنَهُۥٓ أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَنْ يَقُولَ رَبِّىَ اللَّهُ وَقَدْ جَآءَكُمْ بِالْبَيِّنٰتِ مِنْ رَّبِّكُمْ ۖ وَإِنْ يَكُ كٰذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُۥ ۖ وَإِنْ يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُمْ بَعْضُ الَّذِى يَعِدُكُمْ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِى مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

Dan seorang laki-laki yang beriman di antara pengikut-pengikut Fir´aun yang menyembunyikan imannya berkata: "Apakah kamu akan membunuh seorang laki-laki karena dia menyatakan: "Tuhanku ialah Allah padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika ia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar niscaya sebagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu". Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta.

Hujung ayat di atas menunjukkan bahawa "orang yang melampau dalam berdusta" iaitu orang yang banyak berbohong, Allah tidak beri hidayah petunjuk.

Bermaksud, orang yang banyak menipu ini, akan kekal dalam sifat menipunya itu.

Tiada hati untuk berubah,

Sukar mendengar nasihat.

Sukar menerima kebenaran.

Firman Allah SWT

Az-Zariyat ayat 10

قُتِلَ الْخَرّٰصُونَ
Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta,

Perkataan

قتل
 
Juga boleh diterjemah sebagai terbunuhlah, atau binasalah.

Dalam konteks ini, perkataan yang sesuai adalah binasalah.

Perkataan binasalah ini adalah keadaan di mana seorang hamba Allah yang banyak melakukan dosa 
besar, lalu Allah binasakan hatinya dan dirinya terkeluar daripada Rahmat Allah.

Jauh dari rahmat Allah.

Juga disebut dalam perkataan ringkas Terkutuk. Seperti Syaitan..

نعوذ بالله من ذلك..

Kalimah kedua dalam ayat di atas :
الخرّٰصون

Juga boleh diterjemah sebagai perbuatan yang mengagak - agak atau sangka - sangka. 

Iaitu perbuatan yang percaya atau bercakap dengan tiada bukti kukuh.

Hanya menggunakan agakan atau sangkaan sahaja.

Perbuatan ini adalah tercela kerana sangka - sangka atau agak - agak ini adalah hasutan syaitan.

Sedangkan yang benar adalah fakta dan bukti.

Maka, ia adalah perangai yang terlaknat di sisi Allah.

Firman Allah SWT lagi

Ali-'Imran ayat 61

فَمَنْ حَآجَّكَ فِيهِ مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَآءَنَا وَأَبْنَآءَكُمْ وَنِسَآءَنَا وَنِسَآءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكٰذِبِينَ

Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.

Ayat ini diturunkan di Madinah di mana pendita Nasrani berdebat dengan Rasulullah SAW bahawa Nabi Isa AS bukan Tuhan.

Rasulullah SAW telah mendatangkan fakta dari Al - Quran.

Tetapi mereka tidak mahu mempercayai, bahkan menambah cerita mengikut hati mereka sahaja.

Lalu Rasulullah SAW, mengajak diri mereka dan ahli keluarga untuk bermuhabalah iaitu sumpah laknat jika mereka berada di pihak yang benar.

Yang dusta akan dilaknat Allah.

Lalu orang Nasrani meninggalkan Rasulullah SAW kerana takut akan laknat itu.

Sifat dusta akan mendatangkan laknat Allah.

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya dusta membawa kepada derhaka, Dan derhaka membawa kepada neraka. Seseorang itu selalu berdusta sehingga akan ditulis disisi Allah sebagai orang yang selalu berdusta."

Muttafaqun alaih, daripada Abdullah Ibnu Mas'ud.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Tanda orang munafik ada tiga :

1. Apabila berbicara, dia berdusta;

2. Apabila berjanji, dia mungkiri;

3. Apabila amanah, dia khianat."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Empat perkara yang terhimpun pada diri seseorang akan menjadikannya seorang munafik.
Sesiapa yang mempunyai salah satunya, maka dia mempunyai salah satu sifat nifak, sehinggalah dia meninggalkannya ;

1. Apabila diberi amanah, dia khianat;

2. Apabila berbicara, dia berdusta;

3. Pabila berjanji, dia mungkiri;

4. Apabila bertengkar, dia berbuat jahat. "

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin 'Amru.

Sifat berbohong dan berdusta adalah sifat munafik.

Rasulullah SAW kata, jika ada salah satu, kita dah ada ciri munafik.

Tidak perlu ada semua,ada satu dah cukup orang yang ada ciri munafik.

Tepuk hati kita, muhasabah, jika ada..

Kita berubah dan buang jauh sifat2 ini.

إن شاء الله.

Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Sesiapa yang mengaku telah bermimpi melihat sesuatu, sedangkan dia tidak bermimpi tentangnya,
nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dipaksa mengikat dua butir gandum, Padahal dia sama sekali tidak mampu melakukannya."

Riwayat Al-Bukhari, daripada Ibnu Abbas

Hadis ini menceritakan tentang berbohong selepas bermimpi. Di akhirat di suruh ikat dua butir gandum.

Seperti kita ambil dua biji beras, kita ikat dua2. Boleh ke?

Mau menangis ikat beras. Tapi, itulah gambarannya .

Iaitu ia adalah perbuatan sia - sia.

Menipu dengan mimpi.

Sabda baginda lagi,

"sebesar - besar pendustaan ialah, seseorang mengaku melihat dengan mata kepalanya sesuatu yang tidak pernah dilihatnya."

Riwayat Al-Bukhari, daripada Ibnu Umar.

Al-Bukhari juga meriwayatkan sebuah hadis daripada Samurah Bin Jundub, berkenaa mimpi Nabi Muhammad SAW. Dalam hadis tersebut dinyatakan,

"Adapun lelaki yang engkau lihat mengoyak rahangnya ke arah hujung leher, hidungnya ke arah hujung leher, dan matanya ke arah hujung leher, maka dia ialah lelaki yang keluar dari rumah, lalu berdusta sehingga tersebar ke merata tempat."

Bahana media sosial yang di salahgunakan. Menyebar fitnah dan kebohongan tanpa kita sedari.
Rasulullah SAW bersabda,

"Cukuplah seseorang dianggap berdosa apabila dia bercakap tentang semua perkara yang di dengarinya."

Riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah.

Hadis di atas bermaksud.

Semua benda yang dibaca dan di dengar, dikongsi dan diceritakan. Tanpa menapis, menilai, meneliti isi kandungannya.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Jauhilah perbuatan bersangka - sangka, kerana bersangka buruk adalah sedusta - dusta ucapan."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah

Sabda Rasulullah SAW,

"Tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka (pada hari kiamat)..." sehingga akhir hadis.

Di dalamnya dinyatakan (salah seorangnya ialah) :

Pemerintah yang selalu berdusta.

Riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah.

Kitab Dosa-dosa besar, Terjemahan Al - Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?