Dosa Besar ke 30 : Makan Bangkai, Darah dan Babi.
Allah SWT telah menjadikan bumi ini sebagai tempat untuk manusia menjalankan ibadah.
Tempat Allah menguji keimanan manusia.
Tempat manusia membuktikan sifat khalifah yang Allah berikan kepada manusia.
Sebagai jalan menerima balasan di akhirat nanti.
Sama ada balasan baik (syurga) atau buruk (neraka).
Ianya bergantung kepada kesungguhan hati mentaati Allah SWT serta Rasulullah SAW.
Selain itu, Allah menjadikan bumi ini penuh dengan khazanah termasuk makanan.
Allah telah memberi izin kepada manusia untuk makan apa sahaja dimuka bumi ini, melainkan yang telah diharamkan oleh Allah SWT.
Mengapa ada halal dan haram?
Mengapa tidak dicipta semuanya halal?
Di sinilah peranan ujian daripada Allah kepada hambaNya.
Ujian ketaatan.
Faktor kejayaan dalam ujian ini adalah bergantung kepada ketaqwaan hamba kepada Allah SWT.
Semakin manusia itu bertaqwa, semakin dia jauh dari perkara yang haram.
Firman Allah SWT di dalam perkara yang haram di makan...
Al-An'am ayat 145
قُلْ لَّآ أَجِدُ فِى مَآ أُوحِىَ إِلَىَّ مُحَرَّمًا عَلٰى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُۥٓ إِلَّآ أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُۥ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِۦ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi -- karena sesungguhnya semua itu kotor -- atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Di dalam ayat di atas, secara jelas dinyatakan antara makanan yang haram umat Islam makan adalah :
1. Bangkai iaitu apa jua jenis haiwan melata (darat) yang mati sendiri, atau mati kemalangan atau mati kerana sembelih tanpa disebut nama Allah.
2. Darah yang mengalir, iaitu darah segar dari bawah kulit manusia atau haiwan.
3. Babi kerana sesungguhnya babi itu kotor sifatnya.
Kata pengarang kitab,
sesiapa yang sengaja makan semua makanan yang disebut tadi tanpa sebarang darurat, maka dia tergolong dalam kalangan para pendosa.
Kata pengarang lagi,
"Aku tidak dapat membayangkan apabia ada Muslim yang sengaja memakan daging babi.
Kemungkinan orang yang berbuat demikian adalah golongan zindik Al-Jabaliyyah dan Al - Tayaminah yang keluar dariapada Islam."
Sudah sebati dalam jiwa mukminin bahawa memakan daging babi lebih besar dosanya daripada minum arak.
Sabda Rasulullah SAW,
"Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh membesar daripada sumber haram, neraka paling utama untuknya"
Riwayat Al-Hakim daripada Jabir bin Abdullah.
Umat Islam berijmak atas pengharaman permainan yang mempertaruhkan nasib.
Salah satu hujah sudah memadai kamu.
Sabda Rasulullah SAW :
"sesiapa yang bermain pertaruhan nasib, maka dia seolah - olah ke dalam dari atau mencelup tangannya ke dalam daging dan darah babi."
HR Imam Muslim daripada Buraidah.
Kata pengarang kitab,
"Tidak syak lagi bahawa dosa seorang Muslim yang mencelup tangannya ke dalam daging babi dan darahnya adalah lebih besar daripada permainan bertaruh nasib.
Apatah lagi jika memakan daging dan meminum darahnya."
Semoga Allah menjauhkan kita daripada perkara tersebut dengan limpah kurnianya
Kesimpulannya ialah mencari yang halal itu fardhu, maka, carilah yang halal dengan bersungguh - sungguh
Mencari yang halal itu adalah fardhu (Wajib) bagi seorang Muslim.
الله اعلم..
Kitab Dosa-dosa besar, Terjemahan Kitab Al-Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment