Menuju Jambatan Allah : Bacaan Selawat

 Bacaan Selawat.

Tasyahud tanpa selawat adalah rosak.

Ia perlu digabungkan sekali.
 
 Sekurang - kurang selawat adalah

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Jika tidak dibaca pada  :

1. Tasyahud awal, ia tidak dikira dan disunatkan untuk sujud sahwi bg mengantikannya.

2. Tasyahud akhir, keseluruhan solat adalah rosak dan wajib diulang semula
 
 
Terdapat pilihan Bacaan Selawat yang sempurna :

1. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ  مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيمَ، وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى اِبْرَاهِيمِ، وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِِيدٌ.

Pengertian:

Ya Allah, cucurilah RahmatMu ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau cucuri Rahmat ke atas Ibrahim dan Keluarga Ibrahim, Kurniakan keberkatan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau kurniakan keberkatan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha terpuji dan Agung.
 
 2. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ على آل اِبْرَاهِيم إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اَللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِِيدٌ.

Pengertian :

Ya Allah, Rahmatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau Rahmati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Agung, Ya Allah, limpahi keberkatan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau limpahi Keberkatan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.
 
 
 3. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
Pengertian :

Ya Allah, Rahmatilah ke atas Muhammad, para isterinya dan zuriatnya, sebagaimana Engkau Rahmati Ibrahim, Berkatilah Muhammad dan Isterinya dan zuriatnya, sebagaimana Engkau berkati keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.
 
Selawat di atas merupakan doa kita kepada Rasulullah SAW dan keluaraga baginda yang banyak berkorban untuk menegakkan Islam.

Jasa baginda dan ahli keluarga baginda ini tiada gantinya.

Pengorbanan mereka sangat besar supaya hidayah Allah sampai kepada manusia.
 
 Begitu juga Nabi Ibrahim As yang digelar Khalilullah. Dari keturunan Nabi Ibrahim ini lahir ramai para Nabi.

Nabi Ibrahim merupakan Nabi yang awal berhujah dengan pemerintah dengan hujah logik akal.

Hujah yang mematahkan hujah lawannya.
 
Nabi Ibrahim juga yang membangunkan Baitullah Al Haram sehingga menjadi kiblat Umat Islam hingga kini.
 
Inilah pengorbanan para Nabi sejak dari dulu.

Kita hari ini diuji dengan perang psikologi dari orang kafir.

Para Nabi dahulu diuji dengan peperangan fizikal dan mental.

Mereka mampu bertahan, sehingga Islam kukuh dihati.

Kita pula perlu terus berjuang agar a​​gama ini dapat dipertahankan.
Mula perkukuhkan iman kita dengan menambah kualiti solat kita.
إن شاء الله..

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?