Dosa besar ke 21 : Mencuri.


Mencuri termasuk di dalam bahagian kezaliman. Iaitu mengambil harta seseorang dalam keadaan pemiliknya tidak memgetahui.

Mencuri adalah salah satu perbuatan yang dikenakan hukuman had (hudud).

Ia merupakan kezaliman yang melibatkan manusia dan Allah SWT.

Firman Allah SWT

Al-Ma'idah ayat 38

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوٓا أَيْدِيَهُمَا جَزَآءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكٰلًا مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dalam ayat di atas, di sebut lelaki dan perempuan.

Maknanya dua - dua kena hudud. Tidak ada maaf kepada mana - mana jantina.

Cuma, Allah dahulukan perkataan lelaki berbanding perempuan kerana lelaki lebih ramai mencuri berbanding perempuan.

Ini adalah antara kelebihan dan ketepatan Al-Quran dalam seni bahasa.

Setiap susunan perkataan memainkan peranan dalam menyampaikan maksud.

Bukan sekadar perkataan.

Perbuatan mencuri ini juga merupakan perbuatan yang Rasulullah SAW tidak memandang ringan atau pun bersifat lembut pada perbuatan tersebut

Sabda Rasulullah SAW,

"Allah melaknat pencuri yang mencuri sebiji telur, lalu tangannya dipotong, begitu juga orang yang mencuri seutas tali, lalu tangannya turut dipotong."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah.

Ketegasan Rasulullah SAW dalam bab mencuri sangat tinggi.

Sabda baginda Rasulullah SAW,

"Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri sekalipun, nescaya aku akan potong tangannya."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah.

Namun begitu, seberat mana dosa hamba Allah, tetap dibuka ruang taubat.

Sabda Rasulullah SAW,

"Seorang penzina tidak berzina ketika dia beriman. Begitu juga seorang pencuri tidak mencuri ketika dia beriman. Akan tetapi, pintu taubat sentiasa terbuka setelah itu."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.

Hadis ini bertaraf sahih

Diriwayatkan daripada Mansur, daripada Hilal dan Yasaf, daripada Salamah bin Qais, katanya, 

Rasulullah SAW bersabda,

"Ingatlah, sesungguhnya ada empat perkara (yang dilarang) :

1. Jangan kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu,

2. Jangan membunuh jiwa yabg diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak,

3. Jangan berzina, dan

4. Jangan mencuri." 

Riwayat Imam Ahmad, daripada Salamah bin Qais.

Kata pengarang,

"Taubat si pencuri tidak bermanfaat kepadanya, melainkan ketika dia mengembalikan semula barang yang dicuri. Jika dia tidak miliki harta, maka, dia mesti meminta halal daripada pemiliknya."

Mencuri merupakan sikap yang sangat zalim dan Rasulullah SAW sangat melarang keras.

Kerana mengambil harta orang lain dengan jalan mencuri adalah salah.

Maka, peliharalah diri kita dari dosa-dosa ini agar kita terselamat dari Azab Allah SWT.

Kitab Dosa-dosa besar, Terjemahan Al-Kabair, terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih