Dosa besar ke 28 : Perempuan yang menyerupai lelaki dan sebaliknya.
Dunia pada hari ini penuh dengan kecelaruan.
Baik dari sudut akhlak, akidah, akal, nafsu juga jantina.
Terdapat sebilangan manusia, yang tidak mahu menerima asal kejadiannya.
Yang menunjukkan bahawa asal kejadian itu dari takdir Allah SWT.
Mereka melawan takdir ini bagi menunjukkan sifat dan sikap memberontak mereka terhadap Pencipta mereka.
Mereka tidak sedar, bahawa mereka melawan kuasa Allah SWT sekaligus menjadi manusia yang kufur bahkan ada yang menjadi kafir.
Pada fikiran waras manusia, barang ciptaan manusia dicipta kerana ada fungsinya yang tersendiri.
Sebagai contoh,
Pisau dicipta untuk memotong, maka, jadilah ia sebagai pemotong. Pisau tidak boleh melawan fungsi itu untuk menjadi baju, pintu, atau kenderaan.
Ciptaan manusia yang tidak sempurna ada fungsi tersendiri, apa lagi ciptaan Allah SWT yang maha bijaksana lagi sempurna.
Perempuan diciptakan Allah SWT dengan fungsinya yang tersendiri, menjadi hiasan dunia, melahirkan anak, menjadi isteri.
Adalah tidak wajar perempuan bertindak untuk melawan fungsi itu dan menyerupai lelaki.
Kerana ia melawan takdir Allah.
Sikap ini adalah sifat yang keji kerana menyifatkan seakan Allah itu lemah dan tidak bijak kerana menjadikan dia sebagai perempuan.
Begitu juga sebaliknya di mana lelaki menyerupai wanita.
Perbuatan ini adalah bersifat keji di sisi Allah, dan Allah memerintahkan agar kita menjauhi perbuatan keji ini.
Firman Allah SWT
Ash-Syura ayat 37
وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبٰٓئِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوٰحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ
Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.
Menjauhi dosa besar dan perbuatan adalah perintah Allah.
Maka, ia menjadi kewajipan bagi kita untuk mentaatinya
Perempuan yang menyerupai lelaki juga dikenali sebagai (pen kid) oleh masyarakat moden.
Lelaki yang menyerupai perempuan dikenali sebagai (maknyah).
Perangai ini dilaknat oleh Rasulullah SAW
Ibnu Abbas RA berkata,
"Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki"
Riwayat Al-Bukhari.
Hadis ini bertaraf sahih.
Rasulullah SAW bersabda,
"Allah melaknat golongan perempuan yang menyerupai lelaki"
Riwayat Abu Daud daripada Aisyah RAha.
Sanad Hadis ini Hasan.
Allah SWT juga turut melaknat golongan ini.
Golongan ini jauh daripada rahmat Allah SWT.
نعوذ بالله من ذلك..
Abu Hurairah berkata,
"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan perempuan yang berpakaian seperti pemakaian lelaki."
Riwayat Abu Daud
Sanad hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sekarang, celakalah kaum lelaki tatkala dia menuruti perempuan."
Riwayat Al-Hakim, daripada Abu Bakrah.
Setiap amaran keras daripada Rasulullah SAW ini menggambarkan besarnya dosa ini.
Kata pengarang kitab,
"Antara perbuatan yang boleh menyebabkan seorang perempuan dilaknat iaah menampakkan perhiasan, emas, dan mutiara yang berada disebalik hijab, memakai wangian, anbar, memakai pakaian berwarna - warni dan yang mendatangkan aib"
Islam sangat memelihara maruah perempuan, kerana perempuan muslimah, mahal harganya.
Kerana itu, Islam menyembunyikan kehormatan perempuan lebih banyak daripada lelaki.
Perempuan yang menyerupai lelaki, tidak akan mengubah hukum dirinya perempuan, dan dia tetap hamba Allah.
Sebagai hamba Allah, kemana lagi tempat bergantung jika bukan Allah?
Jangan kerana sikap angkuh kita kepada Allah, menyebabkan kita dihumban ke dalam neraka.
Pada ketika itu, tiada lagi sesalan, tiada ratapan yang di dengar.
Melainkan azab Allah yang datang setiap hari..
Kitab Dosa-dosa besar, Terjemahan Kitab Al-Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment