Dosa besar ke 29 : Lelaki Yang Mengahwini Perempuan Yang Ditalak Tiga Dengan Niat Menceraikannya Agar Menjadi Halal Kembali Kepada Bekas Suaminya.


Dalam hukum Munakahat (Perkahwinan), terdapat keadaan hukum talak.

Talak terbahagi kepada 2 iaitu :

1. Talak Raj'ie
2. Talak Bain.

Talak Raj'ie adalah talak 1 dan talak 2. Dimana, seorang suami boleh merujuk kembali isteri yang ditalak selepas disetubuhinya. Dengan syarat proses rujuk berlaku sebelum habis tempoh Iddah. 

Manakala talak Bain ialah Talak yang tidak boleh dirujuk semula. Yang memerlukan pernikahan semula jika ingin bersama semula.

Walaubagaimanapun, bagi wanita yang telah ditalak dengan talak 3, bekas suaminya tidak boleh merujuk kembali dalam tempoh iddah.

Dan tidak boleh menikahi semula bekas isterinya, walaupun selepas habis tempoh iddah.

Kerana pernikahan itu menjadi haram bagi suami terhadap wanita yang dia telah talak dengan talak 3.

Untuk menjadikan pernikahan itu halal semula bagi lelaki kepada bekas isteri yang telah ditalak 3, Seorang wanita perlu yang ditalak 3 itu perlu berkahwin dengan lelaki lain dengan rela hati, tanpa ada paksaan dan rancangan.

Selepas pernikahan, wajib berlaku persetubuhan secara rela dan diceraikan secara rela.

Tidak ada tempoh tertentu yang disyaratkan. Terpulang kepada suaminya untuk menceraikannya atau tidak.

Ia perlu berlaku secara fitrah, tidak boleh diupah, dibincang, dirancang atau apa-apa cara yang seperti merancang.

Jika berlaku perceraian, bekas suaminya yang lama halal menikahi wanita itu selepas  tamat  tempoh iddah.

Namun begitu, lelaki yang merancang dan menjadi pelaku yang kita sebut dalam bahasa kita (cina buta), adalah termasuk di dalam orang yang di laknat.

Dilaknat jika merancang.

Jika tidak rancang, memang berlaku ikut kehendak dan keadaan. Perbuatan itu tidak lah di laknat.
Dalam suatu riwayat daripada Ibnu Mas'ud Ra.

"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang mengahwini wanita yang dicerai talak 3 oleh suaminya untuk menjadi halal bagi suami itu dan suami tersebut."

HR Al-Nasa'i dan Al - Tirmizi.

Kata pengarang kitab,

Hadis di atas juga diriwayatkan dengan sanad yang baik daripada Ali RA, daripada Rasulullah SAW dengan lafaz yang serupa.

Ia diriwayatkan oleh para pengarang Sunan (Al-Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah) melainkan Al-Nasa'i.

Kata pengarang kitab lagi,

"akan tetapi, pelaku dosa ini yang bertaklid dengan mengambil pandangan yang ringan dalam suatu mazhab, Dalam keadaan larangan itu tidak sampai kepadanya, maka, mudah - mudahan Allah mengecualikannya dan mengampuninya"

Namun, pesanan saya, berpeganglah kepada keadaan yang menghindari kemungkaran. Agar kita jauh dari azab Allah.

merancang 'cina buta' ini adalah dibenci Rasulullah SAW.

Moga Allah melindungi kita dari azabnya.

Kitab Dosa - dosa besar, Terjemahan Kitab Al-Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih