Politik itu aqidah?

Dalam Muqaddimah Fiqh Manhaji.

Dinyatakan oleh pengarang kitab, hukum fiqh adalah datang daripada ketentuan Allah. Bagi memandu manusia supaya boleh melaksanakan perintah Allah dengan mudah.

Oleh itu, fiqh itu mempunyai hubungkait dengan aqidah. Dengan menjalankan hidup berpandukan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Secara tidak langsung, Muslim itu taat kepada Allah dan mengakui siapa Tuhannya.

Fiqh itu adalah menyeluruh, dari sudut ibadah, jual beli, kehakiman, pemerintahan, politik dan sebagainya.

Menggambarkan Islam itu adalah cara hidup.

Dewasa ini, ramai anak muda terutamanya Muslim telah meninggalkan Siasah Syari'ah (Politik) kerana merasakan politik itu menyusahkan.
Mengambil tahu tentang politik adalah merimaskan.

Pegangan seperti ini amatlah tidak benar.

Meninggalkan politik tanpa mengambil tahu hal semasa, akan melemahkan Umat Islam. Sekiranya umat Islam meninggalkan politik, maka siapa yang akan memerintah? Pastinya orang kafir.

Maka, tiada lagi negara Islam.

Ketika itu, kesusahan akan melanda dan sesalan tidak akan berguna lagi.

Maka, seeloknya, ambil tahu, cakna pada politik semasa.

Bukan pergi berhujah dengan orang, menyokong parti, berdemonstrasi, membangkang tidak tentu hala.

Tetapi...

Ambil tahu, dan mengundi pada waktu yang ditetapkan. Pilih wakil rakyat yang bertaqwa kepada Allah. Supaya yang kafir tidak mampu melawan Islam.

Ini bukti bahawa politik itu juga sebahagian daripada menjaga aqidah dan Agama.

MNMR.
Utara Perak.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?