Menuju Jambatan Allah : Salam dan Qunut
Selepas pengembaraan hati yang indah ke alam rohaniyyah.
Hati kita segar semula selepas berdialog dengan Allah.
Kita kembali semula ke alam nyata.
Salam adalah doa kita kepada insan disekeliling kita.
Mengucapkan kesejateraan buat sahabat dan saudara seagama.
Solat menghubungkan langit (tempat asal kita) dan
bumi (tempat permuaafiran kita) sebelum kita kembali ke tempat asal kita
(akhirat).
Penghayatan solat yang tinggi umpama jambatan emas menuju kepada Allah.
Jalan ini adalah jalan para Rasul.
Jalan ibadah yang menjadi penghubung kita dengan Pencipta.
Maka, kita berpegang pada iman kita yang tetap.
Bahawa tiada tuhan selain Allah.
Dan Muhammad saw itu pesuruhNya.
Lafaz salam
السلام عليكم..
Ini adalah yang wajib.
السلام عليكم ورØمة..
Lafaz Tambahan
Doa qunut
Doa qunut diamalkan oleh fiqah mazhab Imam Syafie.
Sunnahnya dibaca pada waktu subuh dan solat sunat witir pada bulan Ramadhan selepas 15 Ramadhan.
Qunut dibaca pada rakaat terakhir selepas rukuk.
Ia adalah sunat ab'ad.. Sunnah yang dituntut.
Lafaz qunut
Ya Allah, kurniakan hidayah kepada ku bersama mereka
yang telah diberi hidayah, kurniakan Afiah kepadaku bersama orang yang
telah diberi Afiah, lindungilah aku bersama orang yang telah lindungi,
kurnikan keberkatan kepada ku di atas setiap nikmat yang dikurniakan,
lindungilah aku dari Malapetaka qadhaMu, Engkaulah penentu Qadha dan
toada sesiapa memaksaMu, sesungguhNya siapa yang telah dilindunguMu
tidak akan terhina, sesiapa yang telah dimurkaiMu tidak akan mulia,
Engkaulah Tuhan yang Maha Suci, dan Maha Tinggi, hanya kepadaMu
terpulang segala pujian di atas segala qadha yang diputuskanMu, aku
memohon ampun dan taubat kepadamu dan Rahmatilah Nabi Muhammad s.a.w.
Dari makna ini, kita dapat simpulkan kepada beberapa perkara iaitu
1. Kita memohon Hidayah dan petunjuk yang berterusan.
2. Memohon afiah dunia dan akhirat.
3. Memohon peliharaan Allah.
4. Memohon perlindungan Allah dengan qadha dan qadarnya.
5. Memohon keberkatan rezeki dan nikmat yang dikurniakan.
Inilah pengisian di dalam solat kita seluruhnya.
Dari takbiratul ihram..
Hingga kepada Salam..
Penghayatan pada setiap bacaan dan pergerakan solat amatlah penting.
Supaya solat itu punya kualiti.
Buka sekadar melaksanakan kewajipan semata - mata..
Bahkan kita patut merasa seronok dengan solat..
Sekian perkongsian terakhir dalam bab ibadah..
Jambatan menuju Allah..
Moga kita dapat khusyuk di dalam solat..
Comments
Post a Comment