Dosa besar ke 25 : Bunuh Diri
Nyawa merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia.
Allah SWT telah menetapkan hukum Islam itu untuk memelihara nyawa.
Nyawa tidak boleh diambil sesuka hati kerana ia milik Allah SWT.
Allah SWT sahaja yang berhak menghidup dan mematikan kita.
Jika kita membunuh diri, bermakna, kita telah mengkufuri nikmat Tuhan dan mengambil hak Allah SWT.
Maka, ia adalah termasuk dalam sebesar-besar dosa besar.
Firman Allah SWT
An-Nisa' ayat 29
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَأْكُلُوٓا أَمْوٰلَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبٰطِلِ إِلَّآ أَنْ تَكُونَ تِجٰرَةً عَنْ تَرَاضٍ مِّنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوٓا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
Ayat ini dituju kepada orang yang beriman. Sekiranya beriman, maka, jangan lah membunuh diri.
Jika bunuh diri, maka, dia tidak termasuk orang yang beriman.
Allah sambung dalam ayat seterusnya
An-Nisa' ayat 30
وَمَنْ يَفْعَلْ ذٰلِكَ عُدْوٰنًا وَظُلْمًا فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَارًا ۚ وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا
Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Ini janji Allah, Allah tidak akan mungkiri janji.
Kita langgar hak Allah dengan cara bunuh diri, maka, neraka tempat kita tinggal di akhirat nanti.
Allah SWT sambung lagi
An-Nisa' ayat 31
إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَآئِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُّدْخَلًا كَرِيمًا
Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga).
Tetapi, jika kita jauhi segala macam dosa besar, Allah akan hapus dosa kecil dan menjadikan syurga sebagai tempat tinggal kita di akhirat.
Diriwayatkan daripada Jundub bin Abdullah katanya, daripada Rasulullah SAW,
"Dahulunya ada seorang lelaki yang hidup sebelum kamu, mengalami kecederaan, namun, dia tidak mampu menahan kesakitan tersebut.Lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya. Darahnya terus mengalir sehingga dia meninggal dunia."
Allah SWT berfirman,
" Hambaku telah mendahuluiku dengan nyawanya, maka aku haramkan baginya syurga."
Muttafaqun alaih.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka, besi tersebut berada di tangannya sambil merobek - robek perutnya di dalam neraka jahannam dalam keadaan kekal abadi (tenpoh yang lama). Sesiapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka dia akan memegang racun dengan tangannya sambil menghirup racun tersebut dalam keadaan kekal abadi (tempoh lama di dalam neraka.)"
Muttafaqun alaih.
Dalam sebuah hadis sahih, dinyatakan ada seorang lelaki yang tidak mampu menahan sakit akibat kecederaan (di medan perang), lalu dia membunuh diri dengan mata pedangnya sendiri.
Lalu Rasulullah SAW bersabda,
"dia termasuk dari kalangan penghuni neraka?"
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, daripada Sahl bin Sa'd al-Sa'idi.
Di Riwayat daripada Yahya bin Abu Bukari, daripada Abu Qilabah, daripada Tsabit bin Dhahhak.
Daripada Rasulullah SAW sabdanya.
Dosa melaknat orang mukmin sama seperti dosa membunuhnya. Sesiapa yang menuduh seorang mukmin sebagai kafir, maka dia seolah - olah telah membunuhnya.
"Sesipa yang membunuh dirinya menggunakan sesuatu, Allah akan mengazabkannya dengan alat tersebut pada hari kiamat. "
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Hadis berstatus sahih.
Di akhirat, objek yang digunakan untuk membunuh diri akan digunakan secara berulang - ulang sebagai azab kepada pelaku bunuh diri.
Membunuh diri bukan penamat kepada kehidupan.
Menanti kita adalah kehidupan di alam barzakh dan akhirat.
Sebelum bertemu dengan Allah SWT.
Maka, seharusnya orang yang beriman itu tahu di mana letaknya perintah daripada Allah.
Kitab Dosa-dosa besar, Terjemahan Kitab Al-Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment