Menuju Jambatan Allah : Bacaan Tasyahud

 Bacaan Tasyahud

Tasyahud terbahagi kepada 2 iaitu

1. Awal = sunat ab'ad

2. Akhir = rukun qauli (wajib)

Jika tertinggal yang awal, sunat digantikan dengan 2 sujud sahwi.

Jika tertinggal yang akhir, solat terbatal dan perlu diulang semula.

Bacaan tasyahud yang dipilih oleh Imam As - Syafie adalah riwayat Ibn Abbas RA.

Iaitu
 التّحيّات المباركات الصّلوات الطّيّبات للّه، السّلام عليك ايّها النّبيّ ورحّمة اللّه وباركاته، السّلام علينا وعلى عباد اللّه الصّالحين، أشهد أن لا إله إلا اللّه، وأشهد أنّ محمّد الرّسول اللّه.

"Segala penghormatan dan kemuliaan, segala pengurniaan kebajikan yang berkekalan, segala solat dan ucapan yang baik adalah mikik Allah, semoga Allah mengurniakan kesejahteraan, rahmat dan kebajikan kepada Nabi, semoga Allah mengurniakan kesejahteraan kepada kami dan hambaNya yang soleh, Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

HR Muslim

Status Hadis Sahih
Namun, pada kalimah tasyahud terdapat pilihan yang boleh digunakan

Iaitu
 1. أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمد رسول الله..

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad SAW itu pesuruh Allah

HR Muslim

2. أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمد عبده ورسوله.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, Dan Muhammad SAW itu hamba dan pesuruhNya.

HR Bukhari dan Muslim


3. أشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً عبده ورسوله. 

Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad SAW hamba dan pesuruhNya.

HR Muslim

Status Hadis Sahih
Kalimah tasyahud ini merupakan ayat yang digunakan ketika Rasulullah SAW menerima perintah solat di lauh mahfuz.

Allah tidak didoakan kesihatannya atau kesejahteraannya

Tetapi dizahirkan hal itu dengan kalam yang menggambarkan keagungan dan kemuliaan
 Orang - orang mukmin tidak harus untuk berlaku sombong dan takbur dengan kemuliaan yang diberikan.

Tidak juga perlu takut pada sesiapa selain Allah.

Inilah ucapan penghormatan kepada Allah
التحيات  المباركات
Ini adalah ucapan kesedaran bahawa punca keberkatan dan kebaikan datang dari Allah.

الصلوات
Ini adalah kalimah penyampaian hakikat bahawa solat adalah kemuncak ibadah.

الطيبات
Pujian tahmid takbir dan tasybih adalah pembersihan hati untuk Allah.
 Ungkapan
السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته.

Ia adalah penyampaian rasa terhutang budi kepada orang mukmin.

Melalui perjuangan, dakwah Rasulullah SAW.. Islam menjadi agung.

Kita perlu gigih mengenal Allah.

Kita percaya kepada malaikat, Kursi, Arasy, Neraka, Syurga berdasarkan keimanan.

Ini adalah matlamat hidup seorang Islam
 Seruan kasih sayang ini kita baca di dalam solat berulang ulang.

ايها النبي

Sebagai menghargai budi mengajarkan kita ilmu.

Selain itu.. Kalimah

السلام علينا
Adalah sifat yang menanamkan jiwa Islamyyah.

Pemikiran Islam berbentuk ikhwanul muslimin.

Kita adalah di bawah satu kiblat.

Dan orang islam itu bersaudara.
 وعلى عبادك الصالحين.
Pengiktirafan kepada para mujahidin mukmin. Juga di doakan setiap waktu.

Sebagai tanda usaha untuk para sahabat.
 اشهد ان لا اله الا الله، واشهد ان م​​حمد رسول الله.

Dua kalimah syahadat ini adalah penguat keimanan yang diperbaharui setiap kali solat.

Pengakuan ini harus dibuktikan dengan amal soleh oleh orang yang mengucapkannya.
Walaupun selepas solat. Sikap Mukmin di dalam solat perlu sama dengan sikap mukmin diluar solat. Tawadhuk dan disiplin.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?