Dosa besar ke 23 : Sumpah Dusta.


Bersumpah merupakan satu daripada fitrah manusia untuk mendapatkan kepercayaan orang.

Juga membenarkan sesuatu perkara yang diperkatakan.

Terutama apabila menjadi saksi dalam mahkamah.

Bersumpah wajib atas nama Allah sahaja.

Haram bersumpah pada selainnya.

Sekiranya bersumpah dengan nama selain Allah.

Ia adalah dosa syirik di sisi Allah.

Sumpah adalah tetap pendirian pada kebenaran.

Tetapi, apabila bersumpah dusta, ia adalah kezaliman kerana bersumpah untuk meraih kepercayaan, tetapi kepercayaan itu dikhianati dengan kedustaan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin 'Amru RA, Rasulullah SAW bersabda,

"Dosa besar ialah : Syirik kepada Allah, derhaka terhadap ibubapa, membunuh suatu jiwa, dan sumpah dusta. "

Riwayat Imam Al-Bukhari.

Kata Imam Az Zahabi, sumpah dusta yang dimaksudkan adalah yang disengajakan.

Kerana sumpah ini menjerumuskan pelakunya kepada dosa.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda,

"Seorang lelaki berkata,  Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si Polan." 

Lalu Allah berfirman, 

"Sesiapa yang bersumpah atas nama-Ku dengan mengatakan Aku tidak mengampuni si Polan, maka, sesungguhnya Aku memberi keampunan kepadanya, dan mensia - siakan amalan kamu (lelaki tersebut)."

Riwayat Imam Muslim, daripada Jundab.

Rasulullah SAW  bersabda,

"Tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat, tidak menyucikan mereka (daripada dosa), dan bagi mereka azab yang sangat pedih : 

1. Orang yang melabuhkan kainnya (kerana sombong), 

2. orang yang selalu mengungkit - ungkit pemberian, dan 

3. peniaga yang melariskan barang jualannya dengan sumpah dusta. "

Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Zar.

Diriwayatkan daripada Al-Hasan bin Ubaidullah Al-Nakha'i, daripada Sa'd bin Ubaidah, daripada Ibnu Umar, daroada Rasulullah SAW, Baginda bersabda,

" Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia menjadi kufur,". Dalam suatu lafaz yang lain : Maka dia telah melakukan Syirik .

Riwayat Al-Hakim

Sanadnya menepati sayarat  perawi disisi Muslim.

Baginda juga bersabda,

" Sesiapa yang bersumpah dengan sumpah palsu dengan tujuan untuk mengambil bahagian harta seorang Muslim, maka dia akan bertemu Allah dalam keadaan Dia murka kepadanya."

Baginda ditanya lagi,

 "Walaupun sedikit?"

Baginda menjawab, 

"Walaupun nilainya sebesar kayu Arak (kayu sugi)."

Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Umamah.

Kata pengarang kitab, telah sabit juga suatu riwayat yang mengatakan,

"dosa orang yang bersumpah dusta lebih besar ketika dilakukan selepas wakyu asar dan disisi mimbar Rasulullah SAW."

Sabda baginda lagi,

"Sesiapa yang bersumpah lalu berkata dalam sumpahannya, 'demi latta dan uzza,'  meka hendaklah dia mengucapkan, "Tiada Tuhan selain Allah." 

Muttafaqun alaih, Daripada Abu Hurairah.

Cerita pengarang kitab, 

"Terdapat seorang sahabat yang baru masuk Islam dan terbiasa dengannya ( Demi Latta dan 'Uzza),
Kadangkala lidahnya tersasul bersumpah atas nama kedua - dua, lalu dia cepat - cepat mengucapkan "Tiada Tuhan selain Allah." 

Daripada Rasulullah SAW,

"Tiada seorang hamba lelaki yang bersumpah dusta di sisi mimbar ini walaupun kerana sebatang kayu siwak, melainkan wajiblah ke atasnya mendapat balasan."

Riwayat Ahmad, daripada Abu Hurairah.

Oleh itu, jelas kita ketahui bahawa sumpah dusta sangat besar dosanya .

Kesan daripada sumpah dusta akan menyebabkan kezaliman yang lebih besar datang. 

Lebih banyak fitnah yang akan keluar pada zaman ini dengan pelakuan sumpah dusta. 

Moga Allah lindungi diri kita daripada dosa - dosa besar ..

Kitab Dosa-dosa besar, Terjemahan kitab Al-Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan telaga biru.

Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan tuan dan Allah beri petunjuk kepada kita semua.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?