Posts

Showing posts from February, 2023

Hukum sembahyang berjemaah di surau / tempat selain masjid dengan tabir memisahkan jemaah lelaki dan perempuan.

✏️Hukum sembahyang berjemaah di surau / tempat selain masjid dengan tabir memisahkan jemaah lelaki dan perempuan.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  وبعد, Bagi sembahyang berjemaah di masjid, tiada masalah untuk sembahyang berjemaah walaupun ada penghalang kerana syarat sembahyang berjemaah di masjid adalah : 1. Tiada jarak minimum atau maksimum.  2. Boleh mengikut imam dengan melihat atau mendengar atau mengikut mubaligh (orang yang menyahut takbir perpindahan imam).  3. Halangan yang ada tidak berkunci atau tersekat.  4. Boleh sampai kepada imam walaupun beralih dari kiblat.  Bagi keadaan di surau atau bangunan selain masjid. Syarat untuk sembahyang berjemaah adalah 1. Jarak paling jauh antara imam dengan makmum adalah 300 hasta (150m).  2. Tiada penghalang antara imam dan makmum.  3. Makmum mengetahui perpindahan Rukun Imam samada dengan melihat, mendengar atau mengikut mubal...