Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari bukan ahli Bida'ah.
✏️Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari bukan ahli Bida'ah. Kedua - dua Imam dalam mazhab aqidah seringkali dikatakan sebagai ahli bidaah yang membawa fahaman falsafah dalam aqidah Islam. Hakikat sebenar mereka dibela oleh para ulama dalam karangan mereka sebagaimana berikut : Kata Imam Zabidi RH, diketahui bahawa 2 orang Imam Aqidah (Abu Hasan Al-Ash'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi) - semoga Allah balas kebaikan mereka berdua atas jasa kepada Islam - mereka tidak merekayasa pandangan mereka tentang aqidah. Mereka tidak mencipta mazhab, tetapi kedua - duanya memperakui mazhab aqidah Salaf. Mereka mempertahankan aqidah yang dipegang oleh para Sahabat Rasulullah SAW. Imam Abu Hasan mendirikan fahaman aqidah dengan menggunakan Nas-nas dari jalan Imam Syafi'e sebagai dalil bagi dirinya. Imam Abu Mansur pula mendirikan fahaman aqidah dengan menggunakan nas - nas dari jalan Imam Abu Hanifah sebagai dalil bagi dirinya. Dan mereka ber...