Anak kecil tidak wajib solat tetapi wajib disuruh.
✏️ Anak kecil tidak wajib solat tetapi wajib disuruh. بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين Kewajipan mendidik anak dengan ibadah wajib terletak atas tanggungan ibubapa dan penjaga. Ketidakupayaan anak mendirikan sembahyang kerana tidak di didik sejak kecil adalah maksiat dan keingkaran. Oleh itu, meninggalkan pendidikan itu adalah satu dosa di sisi syarak. Kewajipan ini dinyatakan oleh ulama Syafieyyah antaranya Imam Ibnu al-Bariziy (w. 738H). وواجب على الولي الشرعي، أن يأمر الطفل بها لسبع، Dan wajib ke atas penjaga menurut Syarak (Ibubapa dan penjaga yang dipertanggungjawabkan), Untuk menyuruh kanak-kanak yang telah capai usia 7 tahun agar mendirikan sembahyang. والضرب في العشر وفيها إن بلغ، أجزت ولم تعد إذا منها فرغ. Dan (wajib ke atas penjaga menurut syarak) supaya memukul kanak-kanak yang telah mencapai umur 10 tahun (sebagai ancaman atau hukuman), dan jika dia telah capai umur baligh,...