Pencen bebanan kerajaan?
Wang Pencen. 1.0 Soalan. Adakah duit pencen ini duit dari kutipan hasil cukai Jawapan. Tidak. Pencen adalah duit tabungan kita dari gaji semasa kita berkhidmat. 2.0 Sebanyak 17.5% dari gaji kita dicarumkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP). mentadbirkan wang ini dan diberi pada warga pesara menurut perkiraan tertentu. Perkiraan melalui kaedah akturial dapat menampung saraan warga pesara sepanjang hayatnya. Atau pencen terbitan jika pesara meninggal dunia. 3.0 KWAP tidak menerima wang dari setiap belanjawan tahunan negara. Ia adalah entiti yg diperbadankan. Pesara tidak dibayar gaji tetapi pesara ini mendapat imbuhan bulan melalui simpanan yg telah dicarumkan ke KWAP semasa hayat perkhidmatan. Harap penerangan ini dapat menangkis pandangan negatif terhadap warga pesara.