Syarat Tafsir al-Quran
Tafsir ni ada pelbagai. 1. Tafsir Bi al-Ma'thur. 2. Tafsir Bi al-Raayi. 3. Tafsir Bi al-Isyari. Apa perbezaannya. 1. Tafsir Bi al-Ma'thur adalah tafsir al-Quran dengan al-Quran dan tafsir al-Quran dengan Hadis. Dengn maksud lain ayat-ayat al-Quran difahami dengan wahyu dari ayat al-Quran sendiri serta difahami dengan kalam Nabi SAW. 2. Tafsir Bi al-Raayi adalah tafsir berdasarkan pandangan ulama tafsir sendiri melalui ilmu yang mereka ada. 3. Tafsir Bi al-Isyari adalah tafsir berdasarkan ayat-ayat Isyarat dari al-Quran atau Hadis oleh Mufassir Sufi melalui ilmu yang mereka ada. Tafsir yang pertama adalah tafsir terbaik dan tidak boleh disangkal. Manakala tafsir kedua dan ketiga perlu dikawal dengan syarat-syarat tertentu. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. .... Syeikh Muhammad Abd al-‘Azim al-Zurqani dalam Manahil al-‘Irfan menyebut, terdapat lima syarat yang mesti dipenuhi mufassir sufi supaya pentafsirannya secara isyari itu da...