Syarat Tafsir al-Quran

Tafsir ni ada pelbagai. 

1. Tafsir Bi al-Ma'thur.
2. Tafsir Bi al-Raayi. 
3. Tafsir Bi al-Isyari. 

Apa perbezaannya. 

1. Tafsir Bi al-Ma'thur adalah tafsir al-Quran dengan al-Quran dan tafsir al-Quran dengan Hadis. Dengn maksud lain ayat-ayat al-Quran difahami dengan wahyu dari ayat al-Quran sendiri serta difahami dengan kalam Nabi SAW. 

2. Tafsir Bi al-Raayi adalah tafsir berdasarkan pandangan ulama tafsir sendiri melalui ilmu yang mereka ada. 

3. Tafsir Bi al-Isyari adalah tafsir berdasarkan ayat-ayat Isyarat dari al-Quran atau Hadis oleh Mufassir Sufi melalui ilmu yang mereka ada. 

Tafsir yang pertama adalah tafsir terbaik dan tidak boleh disangkal. Manakala tafsir kedua dan ketiga perlu dikawal dengan syarat-syarat tertentu. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. 

....

Syeikh Muhammad Abd al-‘Azim al-Zurqani dalam Manahil al-‘Irfan menyebut, terdapat lima syarat yang mesti dipenuhi mufassir sufi supaya pentafsirannya secara isyari itu dapat diterima, iaitu:

1. Pentafsirannya itu tidak bertentangan dengan makna zahir al-Quran.

2. Tidak mendakwa bahawa makna batin ayat itu sahaja, serta tidak menafikan makna zahir ayat tersebut.

3. Pentakwilannya tidak terlalu jauh daripada makna asal.

4. Pentafsirannya tidak bercanggah dengan hukum syarak atau logik akal.

5. Terdapat dalil syarak yang menyokongnya.

maka sekiranya terdapat mufassir tidak memenuhi syarat ini, tafsirannya barangkali boleh membawa kepada kesesatan. 
....

oleh itu, disarankan orang yang ingin membaca dan mentadabburi ayat al-Quran perlu sekurang-kurangnya berpandukan tafsir muktabar berikut :

1. Jamiʿ al-Bayan ʿan Taʾwil ay al-Qurʾan oleh Ibn Jarir al-Tabari.

2. Al-Jami’ li Ahkam al-Quran oleh al-Qurtubi,
Tafsir al-Quran al-‘Azim oleh Ibn Kathir,

3. Mafatih al-Ghaib oleh al-Fakhr al-Razi,

4. Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-‘Azim oleh al-Alusi
...
Jika tidak, kita akan cenderung dan mudah condong ke arah kefahaman yang salah dan lebih dahsyat lagi apabila sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. 

الله اعلم. 
Mohd Nasyran Bin Muhmmad Rashid 
Utara Perak
2.06pm.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?