Posts

Showing posts from May, 2025

Perbandingan Manhaj Takhrij al-Hadith Ulama Hadith Mutaakhirin dan Mu'assirin

✏️ Perbandingan Manhaj Takhrij al-Hadith Ulama Hadith Mutaakhirin dan Mu'assirin. Kaedah penyampaian dakwah, penulisan kitab, pembelajaran dan sebagainya pasti akan melibatkan zaman atau masa. Hal ini kerana, zaman adalah dinamik dan sentiasa berubah kerana sifat manusia yang memiliki akal. Manusia akan sentiasa mencipta sesuatu untuk mendatangkan kemudahan serta manfaat dalam hidup. Tidak terkecuali bidang Hadith, kaedah takhrij juga sentiasa berkembang mengikut zaman kerana keperluan terhadap hadith sentiasa berubah. Ketika zaman salaf. Takhrij al-Hadith bukan menjadi suatu keutamaan kerana era tersebut masih dekat dengan zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan Tabiin yang menjadi zaman terbaik umat Islam. Zaman salaf adalah era penyampaian dan periwayatan hadith sama ada secara riwayah atau dirayah. Sewaktu itu, perawi akan menyampaikan hadith dan syarah kefahaman hadith akan diambil oleh penunutut ilmu sebaik mungkin. Manhaj ini berubah ketika era ulama hadith Mutaakhirin sepert...