Adakah florida berbahaya?

Adakah Fluoride/Florida Berbahaya?


Mari Membaca


Dakwaan 1 :Fluoride penyebab kanser

Jawapan : Menurut Institut Penyelidikan Negara, (oktober 2011) kajian yang dilakukan ke atas nilai tetap kandungan fluorida di dalam tulang menunjukkan bahawa  kanser tiada kaitan langsung dengan fluoride. Selin itu, berdasarkan kajian Jabatan AlamSekitar berkaitan kesihatan, tiada bukti menyatakan bahawa fluoride menjadi bahan penyebab kanser.

Dakwaan 2 : Fluorida merbahaya kerana menjadi penyebab Fluorosis

Jawapan : Fluorosis adalah keadaan kerosakan gigi yang meninggalkan kesan tompokan putih dan seterusnya menyebabkan gigi mereput. Ia tidak sakit dan ia tidak menjejaskan tahap kesihatan seseorang. Ia adalah akibat daripada penyerapan flourida yang tinggi pada gigi dan gusi, Ini kerana, ubat gigi mengandungi kadar kepekatan fluorida yang lebih tinggi daripada air. Ia banyak berlaku pada kanak - kanak yang sedang membesar kerana penyerapan tinggi berlaku pada umur kanak - kanak yang sedang membesar, oleh itu, pakar pergigian menyarankan ibu bapa untuk memberi ubat gigi khas untuk kanak - kanak yang mempunyai kadar fluoride yang jauh lebih rendah, bukan ubat gigi orang dewasa supaya tidak berlaku masalah fluorosis. 

Kebanyakan Flourosis ini berlaku akibat daripada penggunaan air yang telah dicampur dengan fluoride (klorin) untuk membunuh mikroorganisma. kebiasaannya terjadi pada negara seperti India, Mongolia dan China. 
Walaubagaimanapun, Kajian pada tahun 2010 menunjukkan negara Eropah seperti Norway yang tidak menggunakan klorin di dalam air paip mereka turut mempunyai kesan tanda fluoride pada gigi mereka. 


Sumber dari Dental Health Society

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?