Hentikan Sifat Perkauman
Pada pandangan saya, sebaiknya kita buang sifat perkauman dalam hati kita kerana Allah telah menCIPTAkan kita terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum untuk kita saling mengenali, menghormati sesama sendiri. Allah berfirman :
22.
Dan di antara tanda-tanda (kekuasaan)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi,
perbedaan bahasamu dan warna kulitmu Sungguh, pada yang demikan itu benar-benar
terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang mengetahui
Surah
Ar Rum ayat 22
Jika kita sentiasa
menerbitkan rasa perkauman atau permusuhan, maka, kita termasuk di dalam orang
yang melakukan DOSA BESAR. Allah telah memberi AMARAN kepada golongan ini
melalui firmanNya
31.
Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta
laksanakanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah.
32. yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan
mereka menjadi beberapa golongan (Puak). Setiap golongan(puak) merasa bangga dengan apa yang ada
pada golongan mereka
Surah
Ar rum ayat 31-32
Allah
memerintahkan kita supaya berlaku adil dan tidak memilih ‘bulu’. Jangan kerana
perselisihan pendapat menjadikan kita musuh…
Hai
orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu
menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah
sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak
adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa, bertaqwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Qs. Al Maidah: 8)
Kita
sebagai orang Islam seharusnya menjadi contoh Akhlak terbaik. Jika kita sentiasa
dengan sikap bangga diri dan keras kepala seolah – olah hanya kerana kaum kita
boleh maju, maka Kembalilah kepada Allah dan RasulNYa.
Jangan
salahkan orang lain jika mereka melabel Islam itu sebagai pengganas, jika kita
sememangnya menunjukkan akhlak pengganas.
Berfikirlah
mengikut acuan Melayu Islam yang menghormati orang lain, tetapi bertegas di
dalam mempertahankan maruah.
Jangan
memarakkan lagi unsur perkauman yang tidak akan padam, tetapi semarakkanlah
Sifat Mulianya Islam yang Hebat.
Comments
Post a Comment