🤲🏽 Doa Para Isteri dari Asmaul Husna. Para Isteri yang pernah bersedih dengan sikap suami, janganlah berputus asa atau kecewa. Boleh jadi selama ini kita meminta untuk dihargai daripada manusia. Meminta dari manusia pasti akan kecewa. Tetapi mohonlah kepada Allah, Allah tidak pernah mengecewakan. Selepas solat sebutlah اللهم يا منع Allahumma Ya Mani'.. 40 kali... Ya Allah yang maha Penghalang, halanglah suami aku dari berkata buruk tentang aku. Dan bacalah اللهم يا شكور.. Allahumma ya Syakur... Ya Allah yang Maha Menghargai. Jadikanlah suamiku sentiasa menghargai aku. Mintalah pada Allah.. Mengadulah pada Allah.. Dia Maha mendengar.. Jika menangis mengadu pada suami minta dia berubah, belum tentu dia akan berubah. Kerana yang pegang hati suami adalah Allah.. Namun.. Sebelum kita meminta, memohon dari Allah... Perbaikilah diri ...