Posts

Showing posts from February, 2020

Amalan Sedikit Pahala Banyak : Zikir Waktu Pagi

#Catatanhadith Pada post sebelum ini, saya ada menyebutkan tentang amalan sedikit yang berpahala banyak.  Hadith Nabi mengandungi banyak amalan seperti ini. Perkara ini turut membezakan antara orang yang beramal dengan ilmu dengan yang tidak.  Seringkali orang berilmu beramal  lebih sedikit tapi dapat pahala lebih banyak. Suatu hari Rasulullah SAW keluar daripada rumah isteri baginda bernama Juwayriah sejak awal pagi, selepas solat subuh. Pada saat itu Juwayriah tengah solat subuh.  Baginda pulang semula selepas matahari naik dan mendapati Juwayriah masih duduk di tempat solatnya.  Baginda bertanya: "Engkau masih terus seperti apabila aku keluar rumah?" Juwayriah menjawab: "Ya." Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya aku telah membaca empat kalimat ini tiga kali, sekiranya ia ditimbang dengan apa yang engkau baca sedari tadi, niscaya ia lebih berat, iaitu: سُبْحَانَ اَللَّهِ وَبِحَمْدِهِ, عَدَدَ خَلْقِهِ, وَرِضَا نَفْسِهِ, وَزِنَةَ عَرْشِهِ, وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ ....

musibah itu untuk apa?

✏️Musibah kesusahan di sisi orang yang beriman.. Allah menciptakan manusia bersama dengan Sunnatullah (hukum alam). Adakalanya, manusia menerima nikmat kesenangan, adakalanya diberi musibah kesusahan.  Orang beriman ada bersabar (1. berusaha untuk selesaikan masalah dengan cara paling baik, 2. berdoa agar usaha penyelesaian ini berjaya dan 3. bertawakkal kepada Allah yng lebih baik perancangannya) serta redha dengn musibah ini. Mengapa?  Kerana di sisi orang yng beriman musibah itu bermakna sesuatu.  Sabda Rasulullah SAW  من يرد الله به خيرا، يصب منه.. Barang siapa yang Allah berkehendak kebaikan ke atasnya, akan ditimpa musibah..  Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari (5645) Maka, semakin besar musibah, semakin besar kebaikan yng akan Allah beri.  Bersangka baik dengan Allah.  الله مستعان...

Apakah bandingan manusia yang bermanfaat kepada masyarakat?

Antara Nasihat yang diberikan oleh Dato Baderudin, Mantan Mufti Negeri Kedah dalam Majlis Penyampaian Tauliah Mengajar Agama Negeri Perak adalah menjadi manusia yang berguna dan bermanfaat kepada masyarakat.  Berikut adalah sebuah hadits yang patut direnungkan bersama yang menjelaskan mengenai keutamaan orang yang berilmu (agama) dan yang mendakwahkan ilmu.  Dari Abu Musa, Nabi  shallallahu ‘alaihi wa sallam  bersabda, مَثَلُ مَا بَعَثَنِى اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا ، فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ ، فَأَنْبَتَتِ الْكَلأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ ، وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ ، فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ ، فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا ، وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى ، إِنَّمَا هِىَ قِيعَانٌ لاَ تُمْسِكُ مَاءً ، وَلاَ تُنْبِتُ كَلأً ، فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقِهَ فِى دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِى اللَّهُ بِهِ ، فَعَلِمَ وَعَلَّمَ ، وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَ...

Doa Memperbaiki diri.

Beberapa hari yang lalu, sekitar tarikh 30 Januari 2020, ketika aku dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak oleh Jabatan Mufti Negeri, hadirin diberikan santapan Rohani yang sangat membakar jiwa.  TAUSIAH diberikan oleh Mantan Mufti Negeri Kedah, Dato Baderudin, dan beliau telah memberikan doa ini untuk diamalkan.  Perawi:  Abu Hurairah RA Koleksi:  Sahih Muslim Kitab:  Zikir, doa, taubat dan Istighfar Bab:  Mohon Perlindungan daripada keburukan amalan yang dilakukan dan yang tidak dilakukan No. Hadith:  2720 Matan Hadith: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ دِينَارٍ حَدَّثَنَا أَبُو قَطَنٍ عَمْرُو بْنُ الْهَيْثَمِ الْقُطَعِيُّ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ الْمَاجِشُونِ عَنْ قُدَامَةَ بْنِ مُوسَى عَنْ أَبِي صَالِحٍ السَّمَّانِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي ...

Strategi Politik Raih Simpati

SELF-VICTIMIZATION ❄❄❄❄❄❄❄ STRATEGI POLITIK RAIH SIMPATI ✳1.Politik simpati adalah pendekatan yang sangat berkesan untuk meraih sokongan. Strategi play victim dengan cara menggambarkan diri sebagai mangsa kezaliman sesuatu pihak berlaku zalim dilihat amat berkesan terutama terhadap psikologi orang Malaysia yang mudah menumpahkan simpati terhadap mangsa. ✳2.Antara modus operandinya, politikus memprovokasi pihak berkuasa sehingga memaksa mereka bertindak kasar. Lalu rakaman kejadian dibingkaikan dalam potret berat sebelah, menggambarkan yang jahat adalah pihak yang diprovok. Bagi yang dianggap sebagai mangsa (victim) pula, mereka beroleh perhatian awam dengan manipulasi emosi simpati. Gambar mata lebam, diracun arsenik, tangan dalam kedudukan bergari walaupun tidak, cedera situ sini, dipukul, dihambat, dikejar dan sebagainya sehingga menyebabkan orang jatuh simpati kepada mereka.  ✳3. Tanpa mengambil kira fakta kes dan watak sebenar mangsa, masyarakat terus memberi sokongan kepada ya...