Amalan Sedikit Pahala Banyak : Zikir Waktu Pagi
#Catatanhadith
Pada post sebelum ini, saya ada menyebutkan tentang amalan sedikit yang berpahala banyak.
Hadith Nabi mengandungi banyak amalan seperti ini. Perkara ini turut membezakan antara orang yang beramal dengan ilmu dengan yang tidak.
Seringkali orang berilmu beramal lebih sedikit tapi dapat pahala lebih banyak.
Suatu hari Rasulullah SAW keluar daripada rumah isteri baginda bernama Juwayriah sejak awal pagi, selepas solat subuh. Pada saat itu Juwayriah tengah solat subuh.
Baginda pulang semula selepas matahari naik dan mendapati Juwayriah masih duduk di tempat solatnya.
Baginda bertanya: "Engkau masih terus seperti apabila aku keluar rumah?" Juwayriah menjawab: "Ya." Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya aku telah membaca empat kalimat ini tiga kali, sekiranya ia ditimbang dengan apa yang engkau baca sedari tadi, niscaya ia lebih berat, iaitu:
سُبْحَانَ اَللَّهِ وَبِحَمْدِهِ, عَدَدَ خَلْقِهِ, وَرِضَا نَفْسِهِ, وَزِنَةَ عَرْشِهِ, وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ .
Riwayat Muslim. Jom amal.
DrUmarMuhammadNoor
Comments
Post a Comment