Strategi Politik Raih Simpati
SELF-VICTIMIZATION
❄❄❄❄❄❄❄
STRATEGI POLITIK RAIH SIMPATI
✳1.Politik simpati adalah pendekatan yang sangat berkesan untuk meraih sokongan. Strategi play victim dengan cara menggambarkan diri sebagai mangsa kezaliman sesuatu pihak berlaku zalim dilihat amat berkesan terutama terhadap psikologi orang Malaysia yang mudah menumpahkan simpati terhadap mangsa.
✳2.Antara modus operandinya, politikus memprovokasi pihak berkuasa sehingga memaksa mereka bertindak kasar. Lalu rakaman kejadian dibingkaikan dalam potret berat sebelah, menggambarkan yang jahat adalah pihak yang diprovok. Bagi yang dianggap sebagai mangsa (victim) pula, mereka beroleh perhatian awam dengan manipulasi emosi simpati.
Gambar mata lebam, diracun arsenik, tangan dalam kedudukan bergari walaupun tidak, cedera situ sini, dipukul, dihambat, dikejar dan sebagainya sehingga menyebabkan orang jatuh simpati kepada mereka.
✳3. Tanpa mengambil kira fakta kes dan watak sebenar mangsa, masyarakat terus memberi sokongan kepada yang dianggap terzalim.
Lalu yang melakukan kekasaran walaupun sebenarnya untuk mempertahankan diri atau membalas kejahatan pihak yang memprovok akan dianggap sebagai penjahat yang perlu dihapuskan. Taktik menyalahkan orang dahulu juga merupakan sebahagian dari strategi play victim yang bersifat escapism, kononnya masalah yang berlaku hari ini bukan salah mereka, tetapi salah autoriti dahulu walaupun mereka autoriti hari ini.
✳4. Dalam dunia global, US sememangnya pakar self-victimization ini terutama dalam menangani Islam. Contohnya strategi 11 September 2001. US berjaya meraih simpati masyarakat dunia amnya dan pemegang taruh US khasnya kononnya mereka adalah mangsa, demi meluluskan misi ketenteraan ke atas umat Islam di Afghanistan. Islam dipotretkan sebagai penzalim dan perlu ditangani atas slogan War On Terror dan Fight For Peace. Hakikatnya, merekalah bapa terrorism dan anti keamanan global yang sebenar.
✳5. Trump pula adalah pakar dalam strategi ini. Beliau guna self-victimization dalam politik domestik dan juga antarabangsa. Dalam perkembangan mutakhir global, beliau cuba play victim terhadap Iran lewat isu persaingan dua negara tersebut di Iraq baru-baru. Namun kerana kebodohan beliau dipergunakan oleh deep state, masyarakat dunia melihat Trump sebagai penzalim dan sengaja cari pasal dan Iran pula beroleh kredit.
✳6. Sikap sympatethic manusia kadang-kadang terlalu melampau sehingga mudah dimanipulasi. Sampaikan bila ada pihak yang ditangkap pihak berkuasa atau diheret ke mahkamah, orang melihat pihak berkuasa atau yang saman itu jahat, tanpa mengambil kira fakta sebenar kes adakah yang ditangkap atau disaman itu bersalah atau tidak.
✳7. Menurut perspektif Islam, tidak dinafikan kezaliman boleh membangkitan simpati dan sokongan. Tetapi ia tidak boleh dibuat-buat. Self-victimization perlu dilakukan terhadap mereka yang benar-benar zalim. Contohnya strategi Pemuda Ashabul Ukhdud yang sengaja mengajarkan kerajaan cara membunuh dirinya. Hasilnya, terdedah hakikat ketuhanan Allah, terbuka pekung penzalim dan simpati diraih dalam bentuk dokongan terhadap Islam.
✳8. Barat memahami fenomena ini. Disamping mereka menggunakan strategi ini untuk meraih sokongan dengan situasi palsu, mereka juga berusaha supaya kekerasan mereka terhadap Islam tidak terdedah di mata awam. Di samping itu mereka lebih banyak menggunakan pendekatan menjatuhkan Islam secara halus pula di era moden ini.
⚛Akhir zaman. Semoga kita tidak tertipu dengan strategi victimization ini atau memanipulasi simpati manusia secara salah. Dunia post-truth ini sangat menjengkelkan.
(Alang Ibn Shukrimun)
6 Jumadal Ukhra 1441
1 Februari 2020
⚪Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
🔵Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
🔴Instagram:
instagram.com/alangibnshukrimun
⚫Twitter:
twitter.com/alangshukrimun
#AiSSiasah
#AiSFikrah
Comments
Post a Comment