Posts

Showing posts from 2021

Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari bukan ahli Bida'ah.

✏️Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari bukan ahli Bida'ah. Kedua - dua Imam dalam mazhab aqidah seringkali dikatakan sebagai ahli bidaah yang membawa fahaman falsafah dalam aqidah Islam.  Hakikat sebenar mereka dibela oleh para ulama dalam karangan mereka sebagaimana berikut : Kata Imam Zabidi RH,  diketahui bahawa 2 orang Imam Aqidah (Abu Hasan Al-Ash'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi)  - semoga Allah balas kebaikan mereka berdua atas jasa kepada Islam - mereka tidak merekayasa pandangan mereka tentang aqidah.  Mereka tidak mencipta mazhab, tetapi kedua - duanya memperakui mazhab aqidah Salaf.  Mereka mempertahankan aqidah yang dipegang oleh para Sahabat Rasulullah SAW.  Imam Abu Hasan mendirikan fahaman aqidah dengan menggunakan Nas-nas dari jalan Imam Syafi'e sebagai dalil bagi dirinya. Imam Abu Mansur pula mendirikan fahaman aqidah dengan menggunakan nas - nas dari jalan Imam Abu Hanifah sebagai dalil bagi dirinya.  Dan mereka ber...

Permasaalahan Solat Gerhana : Waktu Afdhal Solat.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  ✏️Permasaalahan Solat Gerhana : Waktu Afdhal Solat.  Solat sunat gerhana paling afdhal dilakukan ketika kemuncak gerhana.  Bagi gerhana bulan kali ini (Khusuf)  Jabatan KajiUkur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Pada 26 mei 2021 Gerhana Penumbra penuh berlaku pada 713pm dan kemuncaknya pada 719pm.  Gerhana berakhir pada jam 949pm pada 26 mei 2021. Jadi solat sunat gerhana Khusuf paling afdhal dilakukan pada jam 719pm. Namun begitu,  Ia sangat hampir dengan waktu solat maghrib.  Oleh itu,  Disarankan untuk solat maghrib terlebih dahulu dan diikuti dengan solat Sunat Gerhana.  Kerana solat Gerhana boleh dilakukan sehingga waktu luput gerhana. Dalam hal ini pada 26 Mei, waktu luput adalah pada jam 949pm. Waktu Malaysia.  Dalam hal lain, selepas solat sunat Gerhana, disunatkan membaca 2 Khutbah seperti Khutbah Jumaat. Begitu juga Rukun dan Syaratnya. Kitab Fathul Qorib karangan Imam Ibnu...

Teori Konspirasi : Pentaksub dan Pengikut.

✏️Teori Konspirasi : Pentaksub dan Pengikut. Tidak dinafikan bahawa perancangan rahsia yang jahat atau konspirasi wujud di dunia ini. Ia bukan lagi teori, bahkan ia hakikat yang wujud.  Ia wujud kerana dunia ini ada yang "Superior" yang ingin dunia ini berjalan menurut kemahuan dirinya atau organisasi yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat.  Dalam kata mudah "mengambil alih kerja tuhan" Banyak tulisan dan ucapan yang mendedahkan konspirasi. Dan hasil tulisan serta ucapan ini melahirkan pengikut dan pentaksub. Bukti ketaksuban dan ikutan ini jelas apabila pandemik covid-19 melanda dunia. Ia menyebabkan umat Islam tidak dapat beribadah seperti biasa. Terpaksa mengikut peraturan baru yang dilihat melanggar beberapa asas ibadah. Lalu,  Ada pihak yang menjadi penganalisis, penggemar dan penilai teori konspirasi menampilkan hujah serta kesimpulan bahawa wabak ini hanya konspirasi merosakkan umat Islam.  Manusia, penggemar kepada analisis dan kesimpulan kejutan yang ...