Posts

Showing posts from 2024

Istilah yang digunakan oleh Akidah Asyairah.

Istilah yang digunakan dalam Akidah Asyairah. Dalam akidah Asyairah, terdapat perbahasan yang mendalam apabila membincangkan sifat Maani iaitu: 1. Qudrah (Penguasaan) 2. Iradah (Kehendak) 3. Sama’ (Pendengaran) 4. Basar (Penglihatan) 5. Kalam (Berkata) 6. Ilmun (Pengetahuan) 7. Hayyun (Hidup) Antara istilah yang akan muncul dalam perbahasan ini ialah 1. Taalluq 2. Tanjiz al-Hadis 3. Tanjiz al-Qadim 4. Suluh al-Qadim 5. Idrak Apakah maksud istilah ini? Taalluq (تعلق) pada sudut bahasa adalah terkait, terhubung atau kebergantungan sesuatu kepada yang lain. Ia merupakan kata perbuatan yang berasal dari kalimah alaq (علق) yang bermaksud melekat atau tergantung.  Pada sudut istilah akidah ia bermaksud suatu sifat perbuatan (sifat af’al) yang memerlukan sesuatu sebagai tambahan selain dari sifat tersebut.  Ia bertujuan untuk mewujudkan keterkaitan atau perhubungan antara sifat dengan sesuatu yang akhirnya menghasilkan kesan.  Misalnya sifat Pendengaran Allah SWT menghasilkan pe...

Aqidah Asyairah: Ilmu Tauhid dan Ilmu Kalam.

  Aqidah Asyairah: Ilmu Tauhid dan Ilmu Kalam. بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه أجمعبن وبعد، Perlu diingat kembali, Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari hidup di zaman pemikiran Muktazilah berleluasa. Jadi Ilmu Tauhid yang dibincangkan pada zaman itu bagi tujuan berbahas dan menangkis serangan Muktazilah secara falsafah akal. Oleh itu, Imam Abu al-Hasan al-Asha’ari menggunakan ilmu kalam bagi menjawab persoalan mereka. Kaedah hujah yang di bawa oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari tertumpu kepada hujah yang mematahkan pemikiran Muktazilah. Justeru, ia selari dengan kesan hujah tersebut iaitu ia dilihat lebih menggunakan akal dengan mengutamakan pemikiran logik namun masih lagi di atas landasan al-Quran dan Hadis. Bagi orang Islam yang telah beriman sepenuhnya kepada Allah SWT dan tidak mempersoalkan apa-apa tentang kewujudan Allah SWT dan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Sempurna, maka kefahaman yang muncul dengan membaca al-Quran dan Hadis itu memadai untuk mengena...