Aqidah Asyairah: Ilmu Tauhid dan Ilmu Kalam.

 Aqidah Asyairah: Ilmu Tauhid dan Ilmu Kalam.

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد
وعلى آله وصحبه أجمعبن
وبعد،
Perlu diingat kembali, Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari hidup di zaman pemikiran Muktazilah berleluasa. Jadi Ilmu Tauhid yang dibincangkan pada zaman itu bagi tujuan berbahas dan menangkis serangan Muktazilah secara falsafah akal. Oleh itu, Imam Abu al-Hasan al-Asha’ari menggunakan ilmu kalam bagi menjawab persoalan mereka.
Kaedah hujah yang di bawa oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari tertumpu kepada hujah yang mematahkan pemikiran Muktazilah. Justeru, ia selari dengan kesan hujah tersebut iaitu ia dilihat lebih menggunakan akal dengan mengutamakan pemikiran logik namun masih lagi di atas landasan al-Quran dan Hadis.
Bagi orang Islam yang telah beriman sepenuhnya kepada Allah SWT dan tidak mempersoalkan apa-apa tentang kewujudan Allah SWT dan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Sempurna, maka kefahaman yang muncul dengan membaca al-Quran dan Hadis itu memadai untuk mengenali Allah SWT, taat dan akur dengan perintah Allah SWT serta berterusan di dalam keyakinan tanpa banyak persoalan.
Maka tidak perlu kepada perincian yang mendalam kerana ia bukan sebuah keperluan. Ini adalah keyakinan awam yang majoriti manusia milikinya.
Namun, tidak semua manusia sebegitu. Ada manusia yang beriman, tetapi berfikiran kritis yang gemar kepada persoalan akal. Mereka mencari-cari dan tercari-cari jawapan bagi memuaskan hati untuk benar-benar percaya dan yakin terhadap Allah SWT.
Keadaan ini biasa muncul bukan dari kalangan orang awam, tetapi melibatkan orang yang terdedah dengan ilmu-ilmu yang mendalam. Ia menyebabkan mereka berfikir lebih jauh dan terperinci seperti muncul persoalan kenapa, bagaimana, mengapa, benarkah, bilakah dan lain-lain.
Oleh itu, perincian jawapan itu menyebabkan para ulama yang mahir dalam ilmu kalam mengeluarkan hujah mereka bagi memberi jawapan kepada persoalan tersebut secara logik dan kena dengan fitrah manusia.
Selain itu, kaedah penjelasan menggunakan logik akal ini amat diperlukan bagi mematahkan kepercayaan orang yang tidak beriman terhadap Allah SWT. Mereka beriman kepada selain dari Allah SWT. Menyebabkan mereka benar-benar yakin bahawa wujudnya tuhan selain dari Allah SWT.
Justeru, hujah akal amat penting bagi memberikan gambaran jelas tentang perbezaan kewujudan tuhan palsu dan tuhan yang sebenar.
Maka, masyarakat perlu membezakan ilmu tauhid dan ilmu kalam. Ilmu tauhid adalah fardu ain yang merupakan penjelasan asas kepada mempercayai keesaan Allah SWT.
Sebaliknya ilmu kalam, adalah imu yang digunakan untuk memperincikan perbahasan ilmu tauhid. Ia adalah fardu kifayah dan tidak perlu diketahui umum melainkan kepada golongan yang berfikiran kritis yang telah disebutkan di atas.
Sebagai contoh
Dalam pembentukan ayat Bahasa Melayu yang menggunakan tatabahasa yang betul, perkara yang perlu diketahui adalah Morfologi ayat, golongan kata, pembentukan kata, Sintaksis, Jenis frasa, susunan ayat, penerbitan ayat, penjodoh bilangan dan hukum D-M.
Istilah-istilah ini tidak perlu difahami oleh orang awam untuk membina sebuah ayat kerana ia memeningkan kepala. Orang awam cukup sekadar mengetahui cara membina ayat yang boleh difahami sahaja.
Namun, bagi orang yang berfikiran kritis, mereka akan bertanya kenapa, bagaimana, mengapa ayat ini dibentuk sedemikian, kenapa ada yang di depan, kenapa ada dibelakang. Maka ia perlu diperjelaskan secara terperinci oleh orang yang pakar dalam bidangnya.
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?