Kepentingan ilmu Falak : Pedoman dari Matahari (دليل الشمس)
بسم الله الرحمن الرحيم وَجَعَلَ ٱلْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًۭا وَجَعَلَ ٱلشَّمْسَ سِرَاجًۭا ١٦ Maksudnya : "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang). - Surah Nuh ayat 16. Al- Imam Abū al-Thanā’ Shihāb ad-Dīn Sayyid Maḥmūd ibn ‘Abd Allāh al-Ḥusaynī al-Ālūsī al-Baghdādī wafat pada tahun 1270H bersamaan 1854M. Beliau lebih dikenali sebagai al-Imam al-Alusi dan mengarang sebuah kitab tafsir yang dinamakan tafsir al-Alusi. Beliau menyatakan di dalam tafsirnya bahawa apabila berlalunya malam, cahaya bulan hilang dan bermulalah siang dengan pancaran matahari yang terang- benderang seumpama lampu yang menerangi alam, manusia mendapat pedoman atau petunjuk untuk melihat seluruh isi bumi di setiap ufuk sama ada di atas dan di bawah lautan. Kata guru kami, Tuan Guru Hanafiah bin Abdul Razak, pakar falak Malaysia di bawah Jawatankuasa falak JAKIM, "itulah nilai pancaran matahari. Soalnya, apa yang ingin dilihat, bag