Mengapa wujud gelaran Wahabi?
Mengapa wujud gelaran Wahabi?
Sekitar abad ke 18 Masihi, terdapat gerakan pembaharuan
aliran pemikiran di Semenanjung Arab yang ditaja dan disokong oleh British yang
kononnya ingin memberi kemerdekaan Tanah Hijaz kepada orang arab dari penguasaan
Empayar Turki Uthmaniah. Ia diketuai oleh Muhammad bin Abdul Wahab menggunakan
istilah salafi. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya adalah Gerakan
ultra-konservatif untuk mewujudkan sifat Asobiyyah agar umat Islam berpecah.
Wahabi bukan sebuah mazhab fiqh mahupun aqidah, tetapi ia
adalah aliran bersifat teologi. Teologi bermaksud satu kajian sistematik tentang sifat ketuhanan
secara lebih luas dan keimanan terhadap agama.
Oleh itu, sesiapa yang
mengikut aliran ini akan digelar sebagai Wahabi. Bukan kerana tidak berzikir
berjemaah, tidak qunut Ketika subut, tidak berdoa secara berjemaah selepas
sembahyang fardu dan lain- lain.
...
Misalan yang boleh memberi
gambaran adalah seperti yang di bawah:
Hukum berzikir dan membaca
al-Quran secara berjemaah.
Menurut mazhab Syafie:
الشِّربينيُّ؛ الذي قالفي "مُغني
المحتاج": "ولا بأس بالإدارة للقراءة، بأن يقرأ بعضُ الجماعة قطعةً، ثم
البعضُ قطعةً بعدها، ولا بأس بترديد الآية للتدبُّر، ولا باجتماع الجماعة في
القراءة، ولا بقراءته بالألحان".
Imam Al-Sharbini RH menyebut
di dalam “Mughni Al-Muhtaj”: “Tidak ada salahnya memimpin dalam sesuatu bacaan,
dengan sebahagian daripada kumpulan mula membaca satu bahagian, kemudian
sebahagian yang lain mengikuti selepasnya, dan tidak ada salahnya mengulangi
ayat untuk renungan tadabbur, dan tidak juga menjadi salah untuk berada di
dalam kumpulan yang berkumpul untuk membaca sesuatu, tidak pula salah untuk membacanya
dengan berirama.”
- وقال النوويُّ في "المجموع": "لا كراهة في
قراءة الجماعة مجتمعين؛ بل هي مستحبَّةٌ، وكذا الإدارة".
Berkata Imam Nawawi RH di dalam al-Majmuk : Tidak makruh
untuk membaca sesuatu secara berjemaah bersama-sama. Bahkan ia disunatkan dan
begitu juga jika bacaan itu dipimpin.
...
Menurut Ulama Hanbali pula
ومن
علماء الحنابلة الذين قالوا بمشروعية الاجتماع للذكر: - البُهُوتي؛ حيث قالفي
"شرح منتهى الإرادات": "ولا تكره قراءة جماعةٍ بصوتٍ واحدٍ".
Pandangan dari ulama hanabilah : Disebut bahawa
disyariatkan untuk berzikir secara berjemaah. Menurut Imam al-Buhuti, Ketika
dinyatakan di dalam “Syarah Muntaha al-Iradat” Tidak makruh jika membaca
sesuatu secara berjemaah dengan suara yang disatukan.
- وقال ابن مُفْلِح في "الفروع": "ولو اجتمع القوم لقراءةٍ
ودعاءٍ وذِكْرٍ، فعنه: أيُّ شيءٍ أحسن منه!
Menurut Ibnu Muflih dalam al-Furu’, Jikalau berhimpun
sekumpulan orang untuk membaca sesuatu, berdoa dan berzikir, maka sesungguhnya
ia adalah sesuatu yang sangat baik.
...
Berdasarkan ulama mazhab Hanafi
وقيل:
لا بأس به، ولا بأس باجتماعهم على قراءة (الإخلاص) جهراً عند خَتْم القرآن،
والأَوْلى أن يقرأ واحدٌ ويستمع الباقون".
Dikatakan: Tidak ada yang
salah dengannya , dan tidak ada salah untuk orang ramai berkumpul membaca
(surah al-Ikhlas) secara kuat ketika mengkhatamkan al-Quran. Namun, perbuatan
yang lebih utama adalah seorang membaca dan orang lain mendengar bacaan itu.
...
Menurut ulama mazhab Maliki
وقال الخَرْشِيُّ في "شرح
خليل": "وكره مالكٌ اجتماع القرَّاء، يقرؤون في سورةٍ واحدة،
Al-Kharshi berkata dalam "Sharh Khalil": "Imam
Malik tidak suka berkumpulnya qari, membaca satu surah secara serentak."
...
Hukum membaca doa qunut ketika solat subuh.
Menurut mazhab Syafie dan Maliki.
فمذهب الشافعية والمالكية هو مشروعية
القنوت في الفجر، وقد استدلوا بأدلة كثيرة ذكرها الإمام النووي رحمه الله في
المجموع، وقال: مذهبنا أنه يستحب القنوت فيها سواء نزلت نازلة أو لم تنزل، وبهذا
قال أكثر السلف ومن بعدهم أو كثير منهم
Mazhab Syafie dan Maliki mensyariatkan qunut untuk dibaca
di dalam sembahyang subuh. Mereka membawakan banyak dalil-dalil yang menyatakan
berkenaan qunut. Disebutkan oleh Imam al-Nawawi RH di dalam al-Majmuk : “Mazhab
kami sesungguhnya menggalakkan (disunatkan) untuk membaca qunut ketika
sembahyang subuh sama ada ketika ditimpa musibah mahu pun tidak ditimpa
musibah. Dan begitulah yang dikatakan orang ramai ulama salaf dan juga ulama
selepasnya atau ramai dikalangan mereka berkata sedemikian.
....
Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali
وهو
مذهب وأبو حنيفة وأصحابه وسفيان الثوري وأحمد : لا قنوت في الصبح. انتهى
Mazhab Hanafi dan para ulamanya, Sufyan al-Tsauri dan
Imam Ahmad : Tiada bacaan qunut di dalam sembahyang subuh. Selesai.
...
Hukum berdoa secara berjemaah.
Menurut Mazhab Hanbali
وأما مذاهب العلماء في الدعاء الجماعي
بعد الصلاة: فمنع أحمد المداومة عليه،
Adapun mazhab para ulama dalam doa berjemaah selepas
sembahyang : Maka ditegah oleh Imam Ahmad untuk melanjutkannya dengan berdoa.
...
Menurut sebahagian mazhab Hanafi dan Maliki
أن طائفة من أصحاب أبي حنيفة، ومالك
أجازوه، وأن السنة العملية دلت على خلاف ذلك.
Bahawa sesungguhnya sekumpulan para ulama mazhab Abu Hanifah
dan Maliki membenarkannya. Dan bahawa sunnah amaliah menunjukkan perkara yang
berbeza tentang perkara tersebut.
...
Menurut mazhab Maliki
أما عن المذهب المالكي: فقد كره مالك الدعاء
الجماعي عقب الصلاة
Adapun menurut pandangan ulama mazhab Maliki: Maka
sesungguhnya Imam Malik tidak menyukai (dimakruhkan) untuk berdoa secara
berjemaah selepas mendirikan sembahyang.
...
Menurut ulama mazhab Syafie
Sama sebagaimana disebut dalam hukum berzikir dan membaca
la-Quran secara berjemaah.
…
Berdasarkan perbincangan ini, dapat dilihat para Imam
mazhab sememangnya berbeza-beza pandangan. Dan ia rahmat buat semua orang.
Namun tiada satu pun di kalangan mereka yang digelar Wahabi meskipun berselisih
dengan amalan dari ulama Mazhab Syafie secara khususnya di Malaysia.
Mengapa mereka tidak digelar Wahabi? Kerana mereka
menerimanya sebagai khilaf para ulama. Mereka menghormatinya dan tidak menjaja
cerita sesuatu amalan itu salah dan bid’ah. Bid’ah itu sesat dan masuk neraka.
Golongan melabel Wahabi berlaku apabila golongan ini berasa
kumpulan mereka benar dan mereka sahaja yang menuruti jalan sunnah Nabi SAW.
Mereka menyesatkan orang dan membid’ahkan orang yang tidak sehaluan dengan
mereka.
Berbeza dengan ulama mazhab, meskipun tidak semazhab, namun,
mereka menghormati pandangan itu kerana ia adalah keluasan dalam beragama.
Wahabi menganggap agama ini adalah hak mereka dan mereka
sahaja yang benar. Ini merupakan masalah mereka. Oleh kerana kedegilan mereka,
mereka digelar sebagai Wahabi sebagai protes terhadap apa yang mereka lakukan.
…
Hakikat sebenar, semua amalan yang diiktiraf oleh para
ulama muktabar adalah mengikut sunnah kerana dating dari ahlu sunnah wal
Jamaah. Sedangkan Wahabi telah difatwakan sesat dan terkeluar dari Ahlu Sunnah
Wal Jamaah.
Wahabi tidak boleh dijadikan ikutan kerana aliran ini bukan
aliran mazhab fiqh atau aqidah. Namun, mereka adalah gerakan pembaharuan
pemikiran yang membasuh pemikiran masyarakat supaya meninggalkan ajaran Ulama
Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Disebabkan mereka aliran pembaharuan, maka, kaedah mereka
mirip Muktazilah yang mendahului akal berbanding wahyu. Mereka menggunakan
logik akal untuk memahami al-Quran dan Hadis kemudian mereka sandarkan kepada
Rasulullah SAW.
Justeru, kita perlu berhati-hati dengan golongan ini.
الله أعلم
...
Rujukan
Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM)
Jawatankuasa Penyelarasan
Penyelidikan Islam Kebangsaan (JAPPIS).
Fatwa-Fatwa Negeri seperti
Sabah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.
Maktabah Shamela
Islam Web
Islam QA.
Comments
Post a Comment