Makan Tengahari di Kampung Melayu Sungai Buloh, Selangor
NASI MMANGGEY Di Perak, terkenal dengan Nasi Vanggey / Nasi Ganja.. Namun lain pula kisahnya di Negeri Selangor... Korang pernah dengar Nasi Mmanggey??? Mungkin ada yang pernah dengar atau tidak pernah sama sekali.. Perjalanan aku hari ini adalah misi mencari kedai makan / warung yang menyediakan makanan tengahari terbaik. MISI Ketika aku menambah ilmu di benak fikiran aku di Sungai Buloh, Selangor.. rajin juga lah keluar bersama kawan2 untuk menjamah makanan tengahari. Kalau tak cari betul2, memang makan tengahari yang di rasa hari tu pasti tidak akan memuaskan hati korang kan. Kali ini aku mencari di kawasan Kampung Melayu Sungai Buloh terletak berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh. Oleh kerana aku dah terbiasa denagan kawasan disini, maka tidak susah untuk aku meneroka segenap kawasan berdekatan. WARUNG KITA Warung ini baru sahaja dibuka pada pengakhiran tahun 2014. Kawasannya agak terbuka dan mempunyai kawasan parkir kereta yang agak besar tetapi terha...