Makan Malam di Bandar Taiping
TAIPING, UTARA PERAK....
Ketika perut terasa lapar untuk mentelaah makanan....
Teringat medan selera sarkas berdekatan balai bomba Bandar Taiping...
Pekena pulak makanan ni... Dengan nasi putih
KARI AYAM PERU |
Air order ni je......
Jus Epal Layer |
Ada juga Menu lain seperti Sup itik, Sup Ayam Kampung, Kari Ayam Kampung... Boleh la Disarankan pada orang untuk menjamu selera di sini pada waktu makan Malam...
Harga Bergantung pada order... Yang Kari ayam peru ni... RM 18... tapi rasa nak pecah perut...punya banyak...siap ken bungkus lagi... boleh order yang kecik2 je.. Air Rm3.50...
Lokasinya di Medan Selera Sarkas (Belakang Balai Bomba Taiping) Gerai NO.1 dari arah Taman Tasik Taiping... Bukan Dari arah Taiping Mall...
17/12/2015, Utara Perak
Gerai Char Kue Tiow Berdekatan Masjid Melayu Bandar Taiping (Masjid Lama), Sebelah Wakaf Pasar Tani Taiping.
Char Kue Tiow |
Aku memang peminat kue tiow, jadi gerai kue tiow memang kerap menjadi pilihan aku, kali ini, aku teringin menjamah char kue tiow bandar Taiping ini.
Boleh dikatakan Char Kue Tiow Terbaik di Bandar Taiping (
Sate yang dihidangkan disini juga sangat berperisa, manis dan berjus. Kuah kacangnya juga sangat menarik.
Yang ini, memang aku bagi saranan terbaik bagi orang2 bandar Taiping dan Pelancong.
21/12/2015, Utara Perak
Deretan Sebaris Nasi Kandar A.Rahman Bandar Taiping, Berhadapan Kedai Biskut Tupai Emas dan Nasi Ayam Taugeh Ta Pin.
Kafe Maju Warisan ini asalnya adalah sebuah gerai Burger menggunakan jenama ayam Dindings.
Kini ia bergerak selangkah untuk menjadi
sebuah kafe dan menyajikan makanan tambahan yang lain seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Kue Tiow Goreng. Goreng - Gorengan nya bukan gorengan biasa, tetapi gorengan mengikut pilihan pelanggan seperti, Biasa, Basah, Kerang, Kung fu,dan lain2.
Pilihan Aku, burger Maggi. Dengan Sos yang cukup, rasa yang menarik, kepingan maggi di atas dan bawah daging, sayur sayuran... memang best. Harga RM 4.00 sebiji. tapi puas hati dengan saiznya.
Burger Maggi |
22/1/2016 - Pinggiran Utara Perak
ROTI JOHN BEBOLA DAGING |
Ketika melangkah melewati kawasan jualan kuih muih, aku dan isteri terpandang gerai nasi itik dan Roti John. Berhampirannya terdapat gerai buah - buahan. Tergerak untuk mencuba roti john istimewa pasangan suami isteri yang berniaga di situ. Roti John bebola daging. Nampak menyelerakan, cumanya, aku meminta pasangan itu untuk tidak memasukkan keju dalam hidangan itu (sepatutnya ada hirisan keju) tetapi sebab wife aku tidak makan keju, aku minta dia keluarkan.Harga (RM 5.00 satu)
KaLau berminat, boleh singgah di pasar malam kamunting setiap hari rabu, khamis dan sabtu. Insyaallah, gerai roti john ini menyediakan pelbagai roti john yang lain dari yang lain.
Thumbs Up.......
Terima kasih membuat post Roti John tersebut.. Alhamdulillah ada juga yang membuat posting. ☺
ReplyDeleteBMF
ReplyDelete