Membaiki Pam Klas / Clutch Pam Perdana V6

Wilayah Tengah , 0730hr..Semenanjung Malaysia

Se-awal pagi aku bertolak menuju ke Pinggiran Shah Alam menuju ke sebuah destinasi untuk menjalankan tugas sebagai mudim. Setibanya di sebuah perkampungan di tengah perjalanan menuju ke sana, Klas/ Clutch Pedal kereta Perdana V6 aku tiba - tiba menjadi ringan seperti tiada apa - apa yang di tolak.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang takdirNya ketika itu, Tidak banyak kenderaan dan kelajuan tidak tinggi lalu aku terus memperlahankan kenderaan aku serta merta menuju ke ruang tepi jalan untuk di berhentikan.

Aku terus menukar gear ke Neutral, mujur boleh di tukar dan terus mematikan enji, lalu ku periksa pada pedal Klas/ Clutch kereta. Tiada kebocoran. Lalu ku terus membuka Bonet hadapan kereta dan memeriksa pam Klas/Clutch kereta. Tiada kebocoran atau ketidaknormalan..

Jangkaan aku, memang Pam Klas/ Clutch kereta ada masalah.

Terus aku meminta bantuan adik aku dan membawa ke bengkel berdekatan untuk di periksa.

Selepas periksaan dilakukan, nyata sekali masalah berkaitan Pam Klas/Clutch. Pam kereta aku telah Jammed (sangkut). Tiada tolakan dapat berlaku di dalamnya. Kena tukar yang baru.
alat ganti terpaksa dibeli di pekan berhampiran yang hanya dibuka jam 1030hr. Tambahan pula, hari minggu. Susah ada kedai buka hari minggu.

 

Wilayah Tengah, Perkampungan Pinggiran Shah Alam 1607hr...


KOS Membaiki Clutch Pam Perdana V6
Clutch Pam : RM60.00
Minyak Clutch 1 liter : RM32.00
Upah : RM50.00
Jumlah : RM142.00

Segala Puji Bagi Allah, Kereta dah boleh bergerak dan penukaran Gear lebih ringan dan mudah. 

Terima Kasih buat Pakcik dan Anaknya yang membantu aku menarik kereta kebengkel berdekatan dan Mekanik yang berusaha membantu membaiki kereta pada harga yang sangat berpatutan..

Moga Allah Membalas Jasa Kalian Dengan Ganjaran Berlipat Kali Ganda... Aamiin..

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?