Baiki Seat (Kerusi) depan kereta bengkok dan senget di Taiping
Pinggiran daerah Kinta, Perak.......2012
Seat depan kereta aku dah bengkok sejak tahun 2012. Boleh duduk lagi sebab tak ganggu apa2. tapi tak sedap mata memandang sebab nampak tak best je. jadi aku biarkan dulu. Lagipun, Fulus tak mengizinkan lagi sebab aku takut mahal pulak kena keluar PITIS... HEHE..
Bila kewangan aku mengizinkan aku pergi ke beberapa buah kedai untuk bertanyakan harga serta cara pembaikan seat yang telah lama bengkok ini. tapi malangnya, setiap kedai yang aku pergi semua tak dapat buat dan kena hantar ke pusat Bandaraya. Aku tanya juga tauke kedai tu kat mana nak hantar kalau kat Bandar. Dia tak nak bagitau.
Jadi aku putuskan untuk tidak menghantar kepada dia.
Disebabkan kerosakannya tidak mengganggu, jadi aku terus biar je..
21/1/2016 - Pinggiran Bandaraya Utara Perak
Sehinggalah tahun 2016 ini, baru lah aku terniat nak perbaiki selepas Cik Puan aku mengadu sakit belakang kerana seat yang bengkok ini.
Aku pun pergilah survey kedai yang ada di sini, iaitu di kamunting, bertentangan shell dan Restoran Asam Pedas. Aku minta dia periksa dulu, kemudian dia bagitau yang tulang belakang seat ni dah bengkok dan dia minta aku tinggalkan seat kereta sehari. dia bagi pinjam seat dia dulu.
Maknanya dia boleh buat la tu. aku pun setuju untuk tinggalkan seat dan dia baiki seat tu seharian. Petang esoknya, aku datang semula dan ambil seat yang telah siap pasang sambil tanya apa masalah seat aku sebelum ini.
Tukang repair tu bagitau tulang belakang seat dah bengkok teruk sampai dia tanay aku pernah accident ke sebelum ni. Memang aku pernah accident tapi tak melibatkan seat. cuma aku bagitau punca bengkok sebab bengkel kereta yang baiki kereta aku masa accident tu dia letak banyak barang atas seat depan selam 4 bulan. sebab tu jadi bengkok teruk macam tu.
Kemudian dia cerita yang dia kena buka kain seat, potong tulang belakang seat dan ketuk semula, kemudian kena lah kimpal (welding ) semula
Kos baiki dua seat depan yang bengkok termasuk baiki gear tarik tolak seat berjumlah RM160
Lega aku mendengar kos yang tak tinggi sangat. silap2 kena tukar seat baru..
Selesai satu masalah kereta. Cik Puan aku pun dah happy.... :p
Comments
Post a Comment