PERKARA KHUSUS DALAM PENJAGAAN PESAKIT
PERKARA KHUSUS DALAM PENJAGAAN PESAKIT
1. Rohani
Sentiasa ingat bahawa sakit itu ujian dari Allah, Sentiasa menunaikan solat kerana solat itu tanda kita tidak lupa pada Allah serta mengabdikan diri kepada Allah. Juga tanda kita redha dengan ketentuan Allah
2. Emosi
Sentiasa menggunakan tutur kata yang lembut, Memahami kesusahan dalam penyakit yang dihidapi, sentiasa mesra serta memaniskan wajah.
3. Fizikal
Menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan yang terbaik untuk pesakit, menghantar ke tempat rawatan yang sesuai, sentiasa memantau jadual ubat ubatan pesakit.
TUJUAN BERADAB
1. Jiwa pesakit sangat sensitif kerana ketidakupayaannya
2. Menjaga hubungan baik
3. Meringankan bebanan yang ditanggung
4. membantu mereka redha dengan penyakit yang dihidapi.
HADIS RIWAYAT MUSLIM
Apabila kamu menziarah orang sakit atau orang yang hampir mati, , hendaklah kamu memperkatakan yang baik kerana sesungguhnya malaikat mengucapkan aamiin terhadap apa yang kamu katakan.
CONTOH PERBUATAN YANG TIDAK BERADAB
1. Mengabaikan keperluan Harian
2. Mendoakan yang tidak baik untuk pesakit
3. Memarahi atau mengherdik pesakit
4. Memburukkan pesakit
5. Merungut ketika menjaga pesakit
KESAN TIDAK BERADAB
1. Hubungan Retak
2. Jauh Dari Rahmat Allah
3. Pesakit putus asa untuk hidup
"Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang ridha (terhadapnya) maka baginya keridhaan Allah, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah." (HR. Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Comments
Post a Comment