Fakta dan Auta PLUS kenakan DENDA jika pengguna lepak melebihi 1.5jam di RNR Gurun ?

PLUS kenakan DENDA jika pengguna lepak melebihi 1.5jam di RNR Gurun

Dari fb Damar Wulan
Bahaya menggunakan lebuhraya PLUS Gurun Pendang sekarang. Aku di denda 9.40 sen dan bayaran Tol sepatutnya 3.00.RM 9.40 sen adalah cas tambahan dikenakan sekarang jika dok lama melebihi 1.5 jam di RNR.(Rehat dan rawat)
Gila ka apa ni..x boleh duduk lama di RNR..sampai di Tol pendang waktu nak bayar Tol kena denda..mmg sial..
Alasan Pihak PLUS mengesyaki jika duduk lama di RNR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya...ha...penipuan  haramjadah apa ni dari pengguna PLUS.
Aku menghubungi 1800 88 00 00 dia pon x dapat memberikan jawapan pasti..persoalannya kenapa tidak diletakkan papan tanda di RNR gurun (TIDAK DIBENARKAN BEREHAT MELEBIHI 1.5 JAM)
PLUS membuat undang undang ikut suka.
9.40 Sen adalah denda yang dikenakan.
Fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=597138140470830&id=100005239478727



Post dan gambar di atas diambil dari sebuah laman di internet yang disensasikan di laman FB baru - baru ini.

Laman ini telah menceritakan tentang tindakan PLUS yang mengenakan denda atas rehat 1.5Jam di RnR.


Fakta atau Auta?

Benarkah pihak yang bertanggungjawab lebuhraya ini mengenakan denda sesuka hati? Jawapannya pasti TIDAK, kerana tiada institusi yang besar, yang mengikut protokol serta diiktiraf sebagai antara salah satu perbadanan urus selenggara lebuhraya terbaik di Asia, melakukan kaedah demikian tanpa sebab musabab.

Apabila diperhatikan pada tiket, KOD 999 tertera pada tiket yang mana KOD 999 ini tidak akan muncul jika pengguna lebuhraya tidak melakukan kesalahan berikut :

1. Kehilangan tiket
2. Menceroboh TOL
3. Berada dalam lebuhraya PLUS melebihi 21Jam.
4. Menukar tiket dengan pemandu lain.

Hanya kesalahan seperti di atas akan dikenakan KOD 999.

PLUS sendiri telah menetapkan masa tertentu dengan kajian bertahun - tahun. Tempoh masa yang diperlukan untuk anda sampai dari destinasi tertentu ke destinasi tertentu telahpun dikaji. Oleh itu, masa yang tidak logik akan dikenakan denda jika bukti tidak dapat ditunjukkan.

Sekiranya anda melebihi masa yang ditetapkan, tetapi tidak melebihi masa 21 Jam, anda akan dikenakan tanda lebih masa tetapi tanda lebih masa ini terbahagi kepada dua :

1. Lebih masa dengan bukti seperti kerosakan kereta (di tarik oleh towing car atau peronda PLUS), bermalam di hotel RnR (resit hotel) dan bukti - bukti lain yang anda boleh sertakan.

2. Lebih masa tanpa bukti anda  mungkin boleh dikenakan denda tanpa sebab yang munasabah.

Sekiranya anda kehilangan tiket, anda seharusnya beritahu kepada jurutol bertugas dan memberitahu tol yang anda gunakan untuk masuk ke lebuhraya tanpa prasangka kerana setiap Plaza Tol mempunyai CCTV dan mereka akan menggunakan rakaman CCTV ini sebagai bukti.

Kesimpulannya, gunakanlah kemudahan dengan sebaiknya tanpa prasangka. Tiket di atas telah menunjukkan bahawa pesalah mungkin telah melakukan kesalahan sama ada kehilangan tiket, menukar tiket, berada di Lebuhraya PLUS Gurun Pendang melebihi 21 jam atau menceroboh tol masuk. 

Sekiranya pesalah mempunyai bukti anda tidak bersalah, anda mungkin tidak dikenakan denda. Sekiranya pesalah mempunyai bukti dan PLUS masih menyaman anda, seharusnya anda mengenakan saman yang lebih tinggi kepada PLUS melalui  kuasa mahkamah kena mencabul hak - hak pengguna melalu akta Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Akta Persyarikatan.

Jika hanya di tulis di blog, anda tidak akan menerima sebarang pampasan dan hanya menjadi sensasi Netizen yang mungkin tidak senang dengan Bayaran TOL.

FAKTA : PLUS MEMANG MENGENAKAN DENDA JIKA ANDA MELAKUKAN KESALAHAN.

AUTA : PLUS TIDAK MENGENAKAN DENDA JIKA ANDA TIDUR ATAU BEREHAT 1.5JAM DI R&R.

* penulis menulis berdasarkan fakta dan tidak memihak kepada sesiapa.

Yang Benar biarlah benar yang salah biarlah salah. Jangan menyalahkan yang benar dan jangan membenarkan yang salah.

Satu Riwayat dari Sirah Nabi SAW
"Dari Abbas RA, Rasulullah pernah menyatakan kebenaran kata - kata seorang yahudi kerana mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan jika menghalang mereka dari mengamalkan agama mereka"  

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?