Ibrah Transformasi Diri (Hijrah)

بسم الله الرحمن الرحيم

11.50am - Tapah

Ceramah Transformasi Diri.

Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim.

Penulis Buku Travelog Haji.

Ketika ceramah beliau :

Adakah kita ini berdosa? Tanya beliau, maka hadirin semua menjawab "BERDOSA"

Jawab beliau, "Benar" lalu beliau membacakan hadis "Dari Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda, setiap anak adam itu berdosa KECUALI yang berTAUBAT" - Al-Hadis.

Tiba - tiba, penceramah mendekati ku, lalu menyentuh bahu ku sambil berkata "Tuan, ada dosa?" Aku menjawab "ada". Kemudian dia lanjutkan "apa dosa tuan, cuba cerita". Berderau darah dari kepala ke seluruh tubuh ku, sejuk jari - jari ku, berpeluh dahi dan tangan ku. Jantung berdegup laju.

Penceramaah kemudian senyum dan berlalu dari ku.

Ku terbayang, sekiranya persoalan itu ditujukan kepadaku ketika di Mahsyar, di hadapan Allah SWT. Apakah jawapan ku? Mampukah aku menjawab?

Ku teringat Firman Allah

Al-Ĥāqqah:26 - "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.

(Baik ataupun buruk) tidak aku ketahui.

😭😭😭😭😭

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?