Hukum sembahyang berjemaah di surau / tempat selain masjid dengan tabir memisahkan jemaah lelaki dan perempuan.

✏️Hukum sembahyang berjemaah di surau / tempat selain masjid dengan tabir memisahkan jemaah lelaki dan perempuan. 

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 
وبعد,

Bagi sembahyang berjemaah di masjid, tiada masalah untuk sembahyang berjemaah walaupun ada penghalang kerana syarat sembahyang berjemaah di masjid adalah :

1. Tiada jarak minimum atau maksimum. 

2. Boleh mengikut imam dengan melihat atau mendengar atau mengikut mubaligh (orang yang menyahut takbir perpindahan imam). 

3. Halangan yang ada tidak berkunci atau tersekat. 

4. Boleh sampai kepada imam walaupun beralih dari kiblat. 

Bagi keadaan di surau atau bangunan selain masjid. Syarat untuk sembahyang berjemaah adalah

1. Jarak paling jauh antara imam dengan makmum adalah 300 hasta (150m). 

2. Tiada penghalang antara imam dan makmum. 

3. Makmum mengetahui perpindahan Rukun Imam samada dengan melihat, mendengar atau mengikut mubaligh. 

4. Makmum boleh sampai kepada imam tanpa beralih dari kiblat. 

Perbahasan :
Tidak sah sembahyang berjemaah di surau atau bangunan selain masjid jika makmum terhalang dengan sesuatu kepada imam seperti tingkap, dinding,  pintu yang bertutup walaupun tabir atau langsir yang labuh.

Meskipun langsir itu tebal atau nipis dan boleh dilalui dengan mudah, ia adalah halangan bagi makmum kepada Imam kerana tujuan diletak tabir atau langsir adalah untuk memisahkan. Maka dari sudut uruf ia adalah penghalang. 

Maka, ditempat seperti surau atau bangunan selain masjid, tabir wajib dibuka sedikit sebesar laluan seorang manusia untuk menjadikan sembahyang berjemaah itu sah. 

الله اعلم
Rujukan :
1. Fathul Muin karangan Sheikh Zainuddin al-Malibari. 

2. Kifayatul Akhyar fi Hal ghayah al-Ikhtisar karangan Imam Taqiyuddin Abubakar al-Husaini. 

3. Sabilal Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. 

Mohd Nasyran bin Muhmmad Rashid 
Utara Perak.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?