Boikot ekonomi IIsra3l dan Am3rik4?

Boikot?
Boikot bermaksud memulaukan atau enggan berurusan dengan seseorang atau organisasi untuk menyatakan ketidaksetujuan - Kamus Dewan Edisi 4

Boycott is to engage in a concerted refusal to have dealings with (a person, a store, an organization, etc.) usually to express disapproval or to force acceptance of certain conditions - Merriam Webster

Boycott is to refuse to buy a product or take part in an activity as a way of expressing strong disapproval: - Cambridge Dictionary
…..
Dari definisi di atas, wajar kita fahami bahawa tujuan kempen umat Islam boikot ini adalah untuk menzahirkan rasa tidak puas hati, rasa tidak setuju dengan tindakan Negara Uncle Sam dan i5r4el terhadap penduduk P4l3stin3. 
….
Bagaimana impak terhadap ekonomi negara?
Umum turut mengetahui, syarikat yang menjalankan perniagaan di Negara Islam seperti Malaysia, ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Yang secara langsung ini agak sukar untuk kita kenal pasti, kerana mereka induk. Tetapi yang secara tidak langsung wujud dan boleh dikenalpasti. 

Contoh McD, KFC, Burger King, Starbucks, Grab, Facebook dan lain-lain.

Keterkaitannya itu sama ada dari sudut franchise atau dari sudut keagamaan atau dari sudut kefahaman atau dari sudut sokongan.

Selain memberi kesan kepada pemilik asal, ia turut memberi impak kepada ekonomi dan sosial negara. 

Hal ini kerana, syarikat-syarikat ini memberi pasaran kerja kepada rakyat negara serta memberi pulangan KDNK negara dengan jumlah yang besar. Sekiranya syarikat ini terjejas, maka, yang lain turut terjejas.
….
Wajarkah boikot ini dilakukan?

Dari sudut umum, suatu wajaran, fatwa atau pengarah terhadap sesuatu isu perlu diteliti secara mendalam kerana ia bukan melibatkan satu pihak. 

Tetapi ia melibatkan kesan bersama yang disebut collateral impact. Maka, ia perlu pengkajian yang benar-benar tuntas.

Pandangan peribadi saya pula. Ia merupakan sesuatu yang wajar kerana berpegang kepada definisi yang dinyatakan di atas dan berdiri di atas setiap kebaikan dan keburukan yang walaupun sebesar zarah akan di soal di akhirat. 

Atas nama Aqidah, Agama dan Tanah Air. Ia wajar sebagai penzahiran ketidaksetujuan atas apa yang berlaku. 

Ada yang menulis, berkaitan dengan royalty 5% bukan semudah kita sangka, ia melibatkan corporation induk yang di dalamnya ada pemegang-pemegang saham. Bukan semua diberikan kepada syarikat utama. 

Namun, isu yang diberi perhatian adalah usaha menyatakan ketidaksetujuan terhadap tindakan mereka. 

Apabila dunia mengambil berat dan berbual tentang hal ini. Maka perhatian dapat ditarik lantas memahami isu sebenarnya.
……
Bagaimana dengan syarikat dan pekerja yang menyumbang kepada negara Islam tersebut?

Dalam hal ini, mereka diberi pilihan. Adakah sebuah syarikat sahaja yang memberikan khidmat tersebut. Adakah tiada syarikat lain yang wujud untuk bekerja? 

Mereka boleh terus bersabar dan menunggu sehingga boikot ini selesai. Atau boleh berpindah mencari tempat kerja baharu. 

Hal ini sudah sedia maklum, dan sepatutnya syarikat dan pekerja boleh faham situasi ini pasti terjadi sekiranya berlaku penindasan terhadap warga GH4ZZ4H. 

Maka, mengapa masih lagi duduk dan memberi Khidmat yang sama. Boikot ini bukan bermula hari ini sahaja. Ia telah berlangsung beberapa kali. 

Akhirnya syarikat ini kembali beroperasi seperti biasa. 

Maka pilihan ditangan syarikat dan pekerja tersebut.

….
Kesimpulannya?

Usaha boikot bertujuan pernyataan ketidaksetujuan atas tindakan penindasan secara tidak adil kepada Umat Islam di Gh4zz4h. 

Sekiranya mereka ambil peduli, maka mereka akan ambil berat boikot ini. 

Bukan sekadar boikot supaya mereka tak dapat sumbangan 5% tu.

Jika mereka tidak ambil peduli, maka, kita telah faham apa niat sebenar mereka. 

Boikot ini adalah usaha social. Bukan paksaan terhadap individu. Bagi orang yang peduki, maka ia menjadi Fardhu Ain. Bagi yang tidak peduli, ia Fardhu Kifayah. 

Bagi Umat Islam, setiap apa yang dilakukan akan diperkirakan di hadapan Allah SWT di akhirat. Bagi yang lain dari Umat Islam, ia berdasarkan kesedaran dan kefahaman terhadap isu. 

Boleh banding Jumlah kematian pihak Gh4zz4h melebihi 9000 orang. Kanak-kanak lebih 2000, Wanita lebih 3000. 

Dipihak Z10n1st, lebih 1500 cedera yang kebanyakkannya pihak tentera, 300 kematian.
...
Pengakhiran. 
Semua ini adalah pilihan, bukan paksaan. Nak beli, beli, nak boikot, boikot. 

Bagi diri saya yang tak mampu nak galas senjata ke medan perang, Boikot ini tanda solidarity saya untuk Saudara Saya. 

الله اعلم
Mohd Nasyran
Sokong #freepalestineforever

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?