Pengamalan Tahlil di Malaysia
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله اللهم صل على محمد وبعد ✏️ Pengamalan Tahlil di Malaysia. 1. Mengapa ada yang menentang? Kerana perbezaan pegangan dan kefahaman terhadap tahlil. Kebanyakkan yang berselisih kerana mereka mengambil tafsiran hadis secara terus atau menggunakan manhaj pemikiran ahlul hadis. Manakala yang mengamalkan pula berpegang kepada kaedah dan manhaj mazhab utama di sesebuah negara. 2. Apa yang berbeza? Manhaj Ahlul Hadis tidak mempunyai kaedah fiqh. Mereka tidak menggunakan usul fiqh dan tidak menggunakan qawaid fiqh dalam menentukan hukum. Lalu mereka berpegang kepada status hadis sama ada sahih, hasan, daif dan maudu'. Sekiranya suatu amalan tiada dalam hadis. Maka mereka menganggap ia adalah perbuatan yang mungkar. Bagi manhaj mazhab pula, terdapat kaedah yang memberi ruang untuk para fuqaha mengeluarkan hukum. Oleh itu, jika terdapat perkara yang tiada di dalam sumber hukum asal seperti al-Quran dan Hadis, maka, fuqaha menyelesaikan sesuatu masalah hukum den...