Posts

Katakan tidak pada BULI : 8 cara menjaga anak dari BULI

BULI Sinonim dengan penderaan.. mari kita katakan tidak kepada buli dengan cara mendidik anak - anak kita cara pencegahannya... 1. Bina keyakinan dan jati diri anak anda. 2. Galakkan anak anda untuk berkawan 3. Kekalkan hubungan rapat dengan anak. 4. Pantau perubahan sikap anak anda 5. Bina hubungan rapat dengan cikgu anak anda 6. Ajar anak cara menangani buli dan cara mengelaknya 7. Ajar anak anda untuk menghalang pembuli membuli orang lain. 8. Akhirnya, ajar anak anda supaya tidak menjadi pembuli. Sumber : asianparenting.com

"MAAF Kosong - Kosong"

Bermaafan, fahami istilah 'kosong-kosong' - Mufti SYAMSIAH SAHAT | 15 Julai 2015. KUALA LUMPUR:  "Minta maaf, kita kosong kosong ya." Ayat ini biasa kita dengar atau luahkan apabila bermaaf-maafan pada hari lebaran.    Namun dengan hanya meluahkan ayat ini adakah kita mendalami makna 'kosong-kosong' itu?    Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, istilah 'kosong-kosong' mungkin merupakan istilah santai orang zaman sekarang, namun istilah berkenaaan harus diterjemah dengan hati yang ikhlas melambangkan betapa kita telah memaafkan segala kesalahan seseorang tanpa meninggalkan sedikit parut pun dalam hati kita.    "Di dalam Al-Quran dalam beberapa ayat ada disebut mengenai maaf iaitu disebut 'faafu wasfahu', makna "faafu" - 'hendaklah kamu maafkan' manakala 'wasfahu' - 'buka lembaran baharu umpama sehelai muka surat kosong'.    "Ini bermakna bila kamu bermaafan deng...

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Image
PENDAHULUAN Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan. Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di  artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin  sebelum ini.   Iaitu  :- رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال  بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ  ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM   Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nam...

PENYAKIT RHINITIS

PENDAHULUAN Rhinitis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan hidung. Rhinitis bermaksud keradangan pada hidung mengikut bahasa latin. Rhino = hidung. Tis = keradangan... DEFINISI Rhinitis adalah keradangan pada mukusa hidung akibat daripada hypersensitivity ataupun jangkitan. Rhinitis terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :- BAHAGIAN RHINITIS 1. ALLERGIC RHINITIS 2. NON ALLERGIC RHINITIS ALLERGIC RHINITIS Allergic rhinitis ialah keadaan hypersensitivity tubuh pada allergen yang mengakibatkan sistem tubuh bertindak ke atas allergen tersebut dan menghasilkan histamin menjadikan mukusa pada hidung menjadi radang Allergic rhinitis terbahagi kepada 2 bahagian iaitu seasonal (bermusim) dan parenial (berterusan).. Allergen untuk jenis allergic seasonal ialah pollen iaitu debunga.. Manakala allergen untuk jenis parenial ialah dust (debu), hair (bulu), animal (haiwan), dustmite (hama), food (makanan) dan sebagainya. NON-ALLERGIC RHINITIS ...

Isu Umat Islam Malaysia Berjuang atas nama ISIS

Pendahuluan    Kebelakangan ini, ramai warga Malaysia tidak kira golongan bawahan, Profesional terdiri daripada Pelajar Lanjutan, Doktor, Peguam, Pegawai atas Kerajaan, Petani mahupun pelajar sekolah terlibat dengan kumpulan militan ISIS yang dikatakan berjihad atas nama islam... Rentetan peristiwa ini, kerajaan Malaysia menggessa kajian dan penyelidikan dilakukan serta fakta perlu dikumpulkan untuk dibawa kepada majlis fatwa kebangsaan untuk di bahaskan.. Hasil Muzakarah ini tercatat seperti dibawah ini.. Hasil   Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:   1. Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan kertas kerja yang disediakan serta meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan p...

Homestay Taman Kaya, Taiping, Perak

Image
PENGENALAN Taiping merupakan bandar kedua terbesar di Negeri Perak. Taiping juga adalah pusat bandar bagi Utara Negeri Perak. Selain itu, Taiping merupakan Bandar Bersejarah bagi Tanah Melayu kerana kebanyakan perkara bersejarah bermula di Taiping 1. Keretapi pertama di Tanah Melayu ialah Port Well (Kini dikenali sebagai Kuala Sepetang) 2. Penjara Pertama Tanah Melayu ( Penjara Taiping) tahun 1897  3. Taman Tasik Taiping adalah taman tasik pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1880 4. Muzium Taiping merupakan muzium Pertama Malaysia iaitu dibina pada tahun 1883 5. Pokok Warisan yang berusia lebih 115 tahun di sekitar taman tasik dan bandar taiping 6. Zoo Taiping adalah Zoo pertama di Malaysia yang di bina pada tahun 1961 7. Bukit Larut (Maxwell Hill) adalah Resort bukit tertua di Malaysia yang dibuka pada tahun 1884 8. Burmese Pool Kerana itu Taiping Boleh dimasukkan didalam kalendar lawatan anda... Bagi yang ingin ke Taiping, kami menyed...

OTITIS MEDIA (JANGKITAN TELINGA TENGAH)

PENGENALAN Anatomi Telinga Manusia Telinga manusia adalah salah satu deria terhebat manusia. Walaupun dunia berevolusi dari zaman ke zaman, tetapi anatomi dan fisiologi telinga manusia tetap tidak berubah iaitu mempunyai bentuk dan fungsi yang sama sebagai organ untuk mendengar dan mengawal keseimbangan badan. Telinga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-  1. Telinga luar ( external ear ) 2. Telinga tengah ( middle ear ) 3. Telinga dalam ( inner ear ) Setiap bahagian ini mempunyai fungsi dan tugasnya sendiri kerana setiap bahagian mempunyai organ serta aksesori yang tersendiri seperti :- 1. Telinga luar mempunyai cuping dan lubang sebagai alat laluan bunyi. 2. Telinga tengah mempunyai Eustachian tube untuk mengawal tekanan udara di dalam telinga  tengah. 3. Telinga dalam mempunyai choclear dan semi circular canal untuk memancar transmitter bunyi ke otak dan mengawal keseimbangan badan. Oleh itu, setiap organ mempunyai tugas masing2. Penyakit...