PENYAKIT RHINITIS
PENDAHULUAN
Rhinitis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan hidung. Rhinitis bermaksud keradangan pada hidung mengikut bahasa latin. Rhino = hidung. Tis = keradangan...
DEFINISI
Rhinitis adalah keradangan pada mukusa hidung akibat daripada hypersensitivity ataupun jangkitan.
Rhinitis terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :-
BAHAGIAN RHINITIS
1. ALLERGIC RHINITIS
2. NON ALLERGIC RHINITIS
ALLERGIC RHINITIS
Allergic rhinitis ialah keadaan hypersensitivity tubuh pada allergen yang mengakibatkan sistem tubuh bertindak ke atas allergen tersebut dan menghasilkan histamin menjadikan mukusa pada hidung menjadi radang
Allergic rhinitis terbahagi kepada 2 bahagian iaitu seasonal (bermusim) dan parenial (berterusan)..
Allergen untuk jenis allergic seasonal ialah pollen iaitu debunga..
Manakala allergen untuk jenis parenial ialah dust (debu), hair (bulu), animal (haiwan), dustmite (hama), food (makanan) dan sebagainya.
NON-ALLERGIC RHINITIS
Non allergic rhinitis pula ialah keadaan rhinitis bukan alahan dan ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu infective (jangkitan) dan non-infective (bukan jangkitan)
INFECTIVE
Rhinitis akibat jangkitan biasanya disebabkan 3 jenis kumpulan mikroorganisma iaitu virus, bakteria atau fungus.
Jangkitan dari 3 mikroorganisma ini menyebabkan keradangan pada mukusa hidung sekaligus mengakibatkan tanda dan gejala rhinitis berlaku.
NON INFECTIVE
Rhinitis juga boleh terjadi tanpa sebarang gangguan dari luar seperti allergen atau mikroorganisma virus, bakteria ataupun fungus.
ia adalah akibat daripada tindakbalas sistem pertahanan badan ke atas tubuh manusia itu sendiri.
Keadaan ini terbahagi kepada 3 keadaan iaitu :-
1. Vasomotor
2. Medica mentosa
3. Atopic syndrom
Vasomotor adalah keadaan perubahan hormon tubuh manusia seperti tumbesaran badan, baligh, haid ataupun mengandung. Ketika keadaan seperti ini berlaku, sesetengah manusia akan mengalami tanda gejala rhinitis secara tiba-tiba.
Medica mentosa pula adalah tindakbalas berbalik tubuh kepada reaksi ubat seperti semburan hidung decongestant. Semburan hidung decongestant tidak boleh digunakan berterusan pada tubuh lebih daripada 7 hari. Apabila semburan ini digunakan lebih, maka tubuh akan melawan reaksi ubat ini dan menyebabkan gejala rhinitis berlaku.
Atopic syndrome pula adalah keadaan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya. Misalnya hidung tersumbat dan berdarah secara tiba-tiba tanpa sebarang punca.
TANDA DAN GEJALA
1. Hidung tersumbat
2. Hidung berair
3. Hidung berdarah
4. Hidung Gatal
RAWATAN
1. Antihistamine ; Chlorphenaramine, Loratadine,
2. Nasal Spray ; Nasonex, mometasone fluroate3. Elak allergen berkaitan
KOMPLIKASI
1. Sinusitis
2. Nasal Polyps
3. Epitaksis
Comments
Post a Comment