OTITIS MEDIA (JANGKITAN TELINGA TENGAH)

PENGENALAN

Anatomi Telinga Manusia

Telinga manusia adalah salah satu deria terhebat manusia. Walaupun dunia berevolusi dari zaman ke zaman, tetapi anatomi dan fisiologi telinga manusia tetap tidak berubah iaitu mempunyai bentuk dan fungsi yang sama sebagai organ untuk mendengar dan mengawal keseimbangan badan.
Telinga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :- 

1. Telinga luar (external ear)
2. Telinga tengah (middle ear)
3. Telinga dalam (inner ear)

Setiap bahagian ini mempunyai fungsi dan tugasnya sendiri kerana setiap bahagian mempunyai organ serta aksesori yang tersendiri seperti :-

1. Telinga luar mempunyai cuping dan lubang sebagai alat laluan bunyi.

2. Telinga tengah mempunyai Eustachian tube untuk mengawal tekanan udara di dalam telinga tengah.

3. Telinga dalam mempunyai choclear dan semi circular canal untuk memancar transmitter bunyi ke otak dan mengawal keseimbangan badan.

Oleh itu, setiap organ mempunyai tugas masing2.

Penyakit Otitis Media

Otitis media merupakan antara penyakit yang paling kerap menyerang manusia terutamanya dikalangan kanak - kanak yang berumur 0 - 12 tahun. Kekerapan serangan penyakit ini bergantung kepada tahap penjagaan kesihatan, kebersihan serta sosioekonomi di sesuatu tempat.

Menurut kajian yang dilakukan oleh WHO (2005) Negara Afrika Tengah dan Negara India menyumbang kepada 43% penghidap jangkitan telinga tengah daripada keseluruhan populasi dunia

Sebagai hipotesis, semakin kurang tahap penjagaan kesihatan, kebersihan serta sosioekonomi, semakin tinggi peluang untuk mendapat jangkitan telinga tengah ini.

DEFINISI

Otitis media adalah jangkitan telinga tengah yang disebabkan oleh bakteria, virus ataupun fungus (kulat).

JENIS JANGKITAN

1. Virus ( rhinovirus, influenzae)
2. Bakteria (stapphilococcus aureus)
3. Fungus (aspergillus niger)

JENIS OTITIS MEDIA

1. Suppurative (basah)
2. Non suppurative (kering)

Bahagian jangkitan

1.  Bahagian Tubotympanic ( kurang risiko)
2. Bahagian Attico antral (sangat bahaya)

Tanda dan Gejala

1. Batuk berkahak
2. Selesema
3. Sakit kepala
4. Demam
5. Kurang pendengaran
6. Telinga berdesing
7. Pening berpusing

Cara jangkitan

Jangkitan telinga tengah merupakan komplikasi (kesan teruk) daripada jangkitan salur pernafasan atas. Ini disebabkan oleh keradangan pada Eustachian tube iaitu tiub udara yang bersambung dari telinga tengah ke belakang hidung seterusnya ke pharynx (salur pernafasan).
Apabila tiub ini menjadi radang, fungsi pengaliran udara dan cecair dari telinga tengah ke hidung akan berkurangan dan menyebabkan sumbatan. Oleh yang demikian, pengumpulan cecair akan berlaku di bahagian telinga tengah dan akhirnya mengakibatkan jangkitan.

Diagnosis

Bahagian telinga tengah tidak boleh diperiksa dengan mata kasar, walaubagaimanapun, dengan menggunakan alat seperti auralscope, penyakit ini dapat dikesan dengan bantuan pengambilan sejarah penyakit serta tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit.

Ear swab (calitan telinga) boleh dilakukan unyuk menentukan jenis mikroorganisma yang terlibat

Rawatan

1. Antihistamine
2. Analgesik
3. Antibiotik
4. Elak telinga dari dimasuki air
5. Jaga kebersihan
6. Mengubah cara hidup kepada cara yang lebih baik

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?